HomeIsu tempatanCuaca panas, elektrik tidak stabil bukan halangan untuk pegang rekod juara

Cuaca panas, elektrik tidak stabil bukan halangan untuk pegang rekod juara

Read Time:1 Minute, 32 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

Sepanggar : Cuaca panas selain bekalan elektrik yang tidak stabil menjadi antara cabaran buat peserta yang menyertai pertandingan lampu berwarna atau ‘colour light’ di Kampung Rampayan di sini.

Namun bagi pemenang pertandingan di kampung berkenaan, Asni Ekun,58 melihat cabaran itu bukan halangan untuk dirinya dan keluarga menyiapkan rekaan lampu yang berkonsepkan pintu gerbang sempena Aidilfitri. 

Katanya, proses bagi menyiapkan rekaan lampu itu telah mengambil masa hampir dua minggu dengan bantuan adik-beradik selain ahli keluarga mereka.

Razali (tengah) bersama Asni (kiri) ketika melihat rekaan tanglung yang dipamerkan

“Kami sekeluarga telah membuat persediaan untuk menyertai pertandingan lampu berwarna ini dalam tempoh dua minggu untuk siap sepenuhnya 100 peratus.

“Dari segi modal pula, kami sekeluarga mengeluarkan kos lebih kurang RM800 untuk membeli lampu kerana kami membeli dalam bentuk ukuran meter,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada penyampaian hadiah sempena pertandingan lampu berwarna anjuran Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) Bahagian Darau di sini baru-baru ini.

Penyampaian hadiah disampaikan Setiausaha Gagasan Rakyat Negeri merangkap Ketua Gagasan Rakyat Bahagian Darau Datuk Razali Razi.

Lebih menarik, Asni merupakan pemegang rekod pertandingan itu sejak empat tahun lalu meskipun dua tahun sebelum itu dilaksanakan berkonsepkan lampu pelita atau dipanggil sebagai cucul.

Terdahulu, Razali berkata, selain Kampung Rampayan, pertandingan itu turut diadakan di empat buah kampung lain antaranya Kampung Darau; Kampung Warisan; Kampung Bangka-Bangka dan Kampung Cenderamata Likas. 

“Alhamdulillah kita lihat di Kampung Rampayan sangat meriah dengan penyertaan peserta yang menyertai pertandingan lampu berwarna. 

“Saya juga melihat hasil yang dipamerkan juga menarik selain semangat kekeluargaan antara peserta yang menyertai pertandingan ini.  Jika dilihat kepada pemenang juara ini, hasil yang dipamerkan juga turut tular di media sosial,” katanya.

Razali berkata, pihaknya akan cuba untuk mencari pendekatan lebih menarik agar pertandingan seumpama ini dapat dikenali oleh pihak luar. – SABAH MEDIA.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

1,500 pengunjung meriahkan sambutan raya Pusat Alumni UMS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya