KUALA LUMPUR – Sempena Hari Raya Aidilfitri ini, Aquaria KLCC akan menampilkan dua persembahan besar, iaitu pertunjukan puteri duyung dan tarian tema Raya tradisional, serta aktiviti dan pameran tambahan.
Pertunjukan puteri duyung, yang dilakukan oleh The Mermaid Mission of the Dolphin Lee Aquatic Group, disertai dengan kumpulan penari tradisional dari Arts Talent Production di Aquatheatre.
Aktiviti-aktiviti ini akan berlangsung semasa dua minggu perayaan Fintasticnya Raya @ Aquaria KLCC dari 17 April hingga 2 Mei 2023 dan Aquaria juga turut menawarkan diskaun tiket sebanyak 10 % kepada mana mana-mana pelanggan yang hadir secara walk-in memakai baju Raya.
Dalam pada itu menjelang lima hari sebelum Hari Raya, Aquaria KLCC juga mengadakan kuiz khas untuk melatih minda orang yang sedang berpuasa dalam mendekati Syawal kata Aquaria ketika majlis pratonton Fintasticnya Raya @ Aquaria KLCC yang telah dihadiri oleh Pengarah Urusan Kumpulan Aquaria KLCC, Dato’ Simon Foong, wakil dari Jabatan Perikanan, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (Convex) hari ini.
Kuiz ini bertujuan untuk menarik lebih ramai pelawat, dan hadiah-hadiah yang menarik menunggu untuk diberikan kepada mereka yang mengetahui yang terbaik tentang akuarium yang paling terkenal di Malaysia itu.
Aquaria KLCC juga akan memberikan biskut Raya kepada pelawat sepanjang tempoh perayaan Fintastienya Raya pada fasa kedua dari 2 April hingga 20 Mei 2023.