HomeSukanSabah FC pesta gol benam Kelantan FC

Sabah FC pesta gol benam Kelantan FC

Read Time:1 Minute, 33 Second

Kota Kinabalu : Sabah FC berpesta gol selepas membenam Kelantan FC 6-1 dalam aksi perlawanan Liga Super di Stadium Likas di sini malam ini.

Selepas berjaya menewaskan pasukan ‘kembar’ Kelantan United FC 2-0 dalam aksi Piala FA Sabtu lalu, skuad Badak itu tampil dengan aksi lebih mantap apabila menguasai keseluruhan perlawanan.

Sebaik wisel pertama ditiup, Sabah FC tidak menunggu lama untuk mendahului perlawanan menerusi jaringan pemain pertahanan Daniel Ting pada minit ke-4 selepas menerima bola hantaran Kwang Min Ko menjadikan Sabah mendahului 1-0.

Tujuh minit berselang, Daniel sekali lagi berjaya menambah gol kedua Sabah selepas menanduk masuk bola hantaran Min Ko pada minit ke-11 menjadikan kedudukan berubah 2-0.

Meskipun Kelantan dilihat kurang memberi persembahan yang memberangsangkan namun pasukan itu tetap cuba untuk memberi ancaman kepada tuan rumah.

Namun beberapa percubaan Kelantan berjaya dipatahkan pertahanan Sabah FC.

Tamat masa rehat, penyokong tuan rumah dikejutkan dengan gol pertama pasukan pelawat menerusi percubaan Miguel Cifuentes pada minit ke-46 seterusnya menewaskan penjaga gol Sabah Khairul Fahmi Che Mat.

Tiga minit berselang, Sabah FC terus menambah derita pasukan pelawat apabila berjaya menambah gol ketiga menerusi jaringan Dominic Tan pada minit ke-48 menjadikan Sabah terus mendahului 3-1.

Ketua pasukan Sabah FC Baddrol Bakhtiar akhirnya berjaya mencipta sebagai penjaring dalam aksi Liga Super apabila menambah gol keempat tuan rumah pada minit ke-61 menjadikan kedudukan berubah 4-1.

Skuad kendalian Datuk Ong Kim Swee itu terus pantas menambah gol kelima tuan rumah menerusi jaringan Stuart Wilkin pada minit ke-75 menjadikan Sabah mendahului 5-1.

Tambahan masa tiga minit perlawanan berjaya membuahkn hasil buat Sabah FC apabila pemain import Telmo Castanheira pada minit ke-91 yang mudah menolak masuk bola hantaran Stuart Wilkin menjadikan kedudukan 6-1.

Keputusan itu kekal sehingga tamat perlawanan menjadikan Sabah FC kembali naik ke tangga keempat dengan mengutip 17 mata. – SABAH MEDIA.

RELATED ARTICLES
Sukan

Piala SMJ : Persiapan Sabah FC untuk lihat kekuatan, kelemahan pasukan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya