HomeUtama16 OBB Penjara KK dibebaskan sempena PBSL

16 OBB Penjara KK dibebaskan sempena PBSL

Read Time:1 Minute, 23 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

Kota Kinabalu : Seramai 16 Orang Bebas Berlesen (OBB) Penjara Pusat dan Penjara Wanita Kota Kinabalu dibebaskan sempena program Pelepasan Banduan Secara Berlesen (PBSL).

Pengarah Penjara Wanita Kota Kinabalu, Kesumawati Ilias berkata, program yang julung kali diadakan serentak di institusi penjara seluruh negara itu adalah bersempena sambutan Hari Raya Aidilfitri yang menjelang tiba.

“Pada hari ini (semalam) seramai 15 OBB penjara pusat dan seorang penghuni penjara wanita yang memenuhi kriteria OBB dibebaskan melalui program PBSL.

“Antara tujuan program ini diadakan adalah untuk memberikan OBB peluang menjalani proses pemulihan bersama masyarakat selain mengurangkan kos perbelanjaan dan kesesakan dalam penjara,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Program Pelepasan OBB PBSL Sempena Sambutan Hari Raya Aidilfitri Kasih Keluarga Sepanjang Zaman di Dewan Mini Penjara Pusat Kota Kinabalu, di sini semalam.

Kesumawati berkata, pelaksanaan program itu sangat berkesan dan dibuktikan melalui pencapaian kadar residivis banduan menjalani pemulihan dalam komuniti iaitu 0.24 peratus berbanding banduan yang menjalani pemulihan penuh dalam penjara iaitu sebanyak 18.6 peratus bagi tahun 2022.

Beliau turut berharap agar masyarakat dapat memberi sokongan moral dan memberi peluang kepada penghuni penjara ini agar mereka diterima semula dalam komuniti dan tidak merasa disisihkan.

“Semua manusia tidak pernah terlepas daripada membuat kesilapan dan sebagai Pegawai Penjara, kami dapat merasai kepahitan dan keperitan yang terpaksa mereka lalui.

“Saya juga ingin menasihati kepada OBB yang terlibat dengan program hari ini agar menghargai peluang yang diberikan dan gunakan sepenuhnya masa yang diberikan di samping keluarga tersayang,” katanya.

Hadir sama, Timbalan Pengarah Penjara Pusat Kota Kinabalu, Mohammad Sa’ad Bantalani dan Ketua Bahagian Parol dan Perkhidmatan Komuniti, Jomison Gondikit.

RELATED ARTICLES
Utama

Agong, Raja Permaisuri ucap Selamat Hari Krismas

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular