HomeSukanSabah FC kembali ke landasan cukup baik

Sabah FC kembali ke landasan cukup baik

Read Time:1 Minute, 27 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

Kota Kinabalu: Kemenangan bergaya Sabah FC pada aksi Liga Super menewaskan Kelantan FC 6-1 di Stadium Likas di sini semalam memberi semangat buat skuad Badak untuk kembali ke landasan yang cukup baik.

Ketua Jurulatih Sabah FC Datuk Ong Kim Swee berkata, momentum itu juga mahu dikekalkan dalam aksi perlawanan khususnya di laman sendiri selain ingin terus naik dalam carta liga.

 “Bagi saya masih lagi terlalu awal untuk kita lihat prestasi kemenangan ditempat lawan dimana kita hanya mampu seri dan kalah dua kali.  Jadi kita harus memperbaiki dan itu satu pengajaran yang amat penting.

“Kini kita kembali ke landasan yang cukup baik dan seperti saya katakan, kita ingin mengekalkan rekod 100 peratus kemenangan kita di Likas dan dalam masa sama kita ingin memperbaiki apa yang kekurangan di tempat lawan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas tamat perlawanan bertemu Kelantan FC di sini malam tadi.

Pada perlawanan itu, gol-gol Sabah dijaringkan Daniel Ting (M4,M11); Dominic Tan (M48); Baddrol Bakhtiar (M61); Stuart Wilkin (M75) dan Telmo Castanheira (M91) manakala gol tunggal Kelantan FC dijaringkan Miguel Cifuentes (M46).

Dalam pada itu, Kim Swee berkata, para pemain juga telah menunjukkan satu prestasi yang cukup baik khususnya dalam menyempurnakan peluang yang ada pada aksi perlawanan malam tadi.

“Yang penting kita mendapat tiga mata dan kita mengekalkan rekod tanpa kalah di Likas dimana selepas kita berjaya dalam Piala FA, hari ini (semalam) pemain menunjukkan satu prestasi yang cukup baik.

“Ini terutamanya dalam menyempurnakan peluang-peluang sedia ada dan kita harus pastikan momentum ini dikekalkan pada saingan perlawanan akan datang,” katanya.

Sabah FC kini berada ditangga keempat dengan mengutip 17 mata dan akan bertemu Selangor FC pada 27 April ini di Stadium Likas. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Sukan

Pasukan futsal lelaki Sabah sasar juara pada Sukan MAKSAK 2024

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya