HomeIsu tempatan16 kek dipersembah sempena Aidilfitri

16 kek dipersembah sempena Aidilfitri

Read Time:3 Minute, 3 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

Kota Kinabalu :   Sebanyak 16 hotel sekitar Bandaraya Kota Kinabalu di sini mempersembahkan kek kepada Yang di-Pertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Tun Juhar dan isteri Toh Puan Norlidah RM Jasni hadir sendiri menyaksikan persembahan kek sambil bertemu dengan ahli rombongan hotel-hotel terlibat di Istana Seri Kinabalu di sini semalam.

Dalam ucapannya, Tun Juhar memaklumkan kek-kek tersebut akan disumbang kepada institusi-institusi kebajikan serta rumah anak yatim di sekitar Kota Kinabalu dan daerah berhampiran.

Meski teruja, beliau sempat berseloroh dengan kreativiti kek yang dipersembahkan sambil merakamkan penghargaan dan mengucapkan selamat hari raya aidilfitri kepada seluruh rakyat Sabah dan Malaysia amnya.

Pada majlis itu, Chef Pritchard Ligadu dari Sutera Harbour Resort sangat berpuas hati apabila hasratnya untuk menarik perhatian Toh Puan Norlidah tercapai menerusi kek membentuk replika Masjid Puteh Nur As’ Sofia iaitu masjid yanga bakal dibina di Kg Surapit Papar sempena nama atok kepada Toh Puan Norlidah. 

Replika masjid itu disaluti gula aising dengan kek nestum dan kek coklat pisang Sabah sebagai imbangan di kiri dan kanan masjid, dilengkapi kek kurma yang berintikan nenas dan durian bebentuk biskut kecil di hadapan masjid dengan jumlah berat keseluruhan 50kg.

Tidak kurang hebat, persembahan kek mentega kurma seberat 50kg oleh Chef Abdul Nazir Maning dari Hotel Promenade menerusi replika Masjid Daerah Sandakan turut menggamit kenangan Tun Juhar dan Toh Puan Norlidah.

Menurut Nazir, dia bersama tiga lagi pembantunya menyiapkan konsep persembahan kek berkenaan selama tiga hari.

Selain itu, persembahan kek red velvet seberat 30kg dengan konsep Suasana Hari Raya, dua tutor North Borneo University College, Nur Syafiqah Abd Malil dan Angie Olivia Richard mengambil masa seminggu untuk melengkapkan kek tersebut.  

Turut mencuri perhatian, persembahan oleh Dreamtel Hotel dengan kek kurma chocolate cream cheese frosting yang membentuk replika Masjid Bandaraya Kota Kinabalu seberat 30kg hasil kerja Chef Lowel Padua bersama dua pembantunya dalam masa tiga minggu. 

Dalam pada itu, Le Meridien Kota Kinabalu juga memilih Masjid Bandaraya sebagai replika kek seberat 80kg menggunakan tenaga lima chef yang diketuai Chef Mohd Supian Idrus.

Pembantunya, Chef Shazulyssa Sharun yang merupakan graduan Politeknik Kota Kinabalu (Kulinari) mendedahkan kek pandan kelapa itu mengambil masa dua minggu untuk disiapkan.  

Buat julung kalinya, Majlis Datuk-Datuk Negeri Sabah (MDNS) diketuai Presidennya, Datuk Claudius Roman serta Datuk Abdul Kadir M.E Sikkandar menyertai persembahan kek yang ditempah dari BTC Bakery iaitu cake opera seberat 20kg yang disediakan dalam masa enam hingga lapan jam.

Ujar Abdul Kadir, persembahan kek adalah berkonsepkan aura aidilfitri dengan warna kehijauan yang dicampur sedikit warna merah dan kuning ala-ala anyaman ketupat.

Juga menyertai buat kali pertama ialah Jaksa Pendamai dan Kadazan Dusun Cultural Association (KDCA) dengan tiga biji kek antaranya kek mentega seberat 6kg.

Berkonsepkan buffet raya, Chef Awang Mohd Yuzrinizam Ag Mat Yussof dari Hyatt Regency Hotel mengilhamkan kek coklat, roti, gula seberat 250kg menggunakan lima tenaga chef dalam tempoh seminggu untuk disiapkan. 

Paling menonjol, Shangri La Tanjung Aru Resort dan Shangri-La’s Rasa Ria Resort yang tampil dengan kelainan yang signifikan hasil gabungan elemen muzik  dan 300 kek cawan dalam gaun bertingkat seorang wanita, Vivean Kong yang juga Pegawai Khidmat Pelanggan Makanan dan Minuman.

Persembahan tersebut merupakan idea Chef Rahizan Ramli dibantu empat rakan sekerja dalam masa seminggu untuk menghasilkan kek cawan dengan empat perisa coklat, pistacio, red velvet dan lobak.

Turut terlibat dalam persembahan kek di Dewan Seri Kinabalu ialah Horizon Hotel, Nexus Resort Karambunai, The Klagen group of Hotels, Palace Hotel Kota Kinabalu, Hilton Hotel dan Sabah International Convention Center (SICC).

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

October BIG Day usaha pupuk minat aktiviti memerhati burung

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular