HomeUtamaJangan guna soket dengan kelengkapan elektrik berlebihan - ST

Jangan guna soket dengan kelengkapan elektrik berlebihan – ST

Read Time:41 Second

BERNAMA
Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

Putrajaya: Suruhanjaya Tenaga (ST) menasihati orang ramai agar tidak menggunakan soket dengan kelengkapan elektrik yang berlebihan atau beban yang tinggi ketika melakukan persiapan menyambut Aidilfitri.

Dalam kenyataan mengenai tip panduan keselamatan penggunaan elektrik dan gas yang dikeluarkan menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri semalam, ST turut menasihatkan orang ramai untuk tidak meninggalkan dapur gas memasak ketika digunakan tanpa pengawasan sepenuhnya.

Suruhanjaya itu juga meminta orang ramai untuk tidak menggunakan telefon bimbit semasa ia sedang dicas.

“Pastikan semua suis dan kelengkapan elektrik yang tidak digunakan di rumah dimatikan sekiranya anda pulang ke kampung atau bercuti,” katanya.

ST berkata orang ramai juga perlu menggunakan perkakas dapur gas yang mempunyai label keselamatan ST-SIRIM.

“Jangan bawa peralatan atau kelengkapan yang boleh mencetuskan penyalaan atau ‘spark’ berhampiran di kawasan dapur memasak,” katanya. – BERNAMA

RELATED ARTICLES
Utama

KPKM komited teroka peluang baharu tingkat penyertaan belia dalam bidang pertanian

Bangunan Kerajaan Sabah Pentadbiran Sabah Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular