HomeUtamaTun Juhar tunai solat Aidilfitri bersama 3,500 jemaah di Masjid Negeri

Tun Juhar tunai solat Aidilfitri bersama 3,500 jemaah di Masjid Negeri

Read Time:45 Second

Kota Kinabalu : Yang di-Pertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin pagi tadi menunaikan Solat Sunat Hari Raya Aidilfitri bersama lebih 3,500 jemaah di Masjid Negeri Sabah, di sini. 

Beliau dan isteri, Toh Puan Norlidah R.M Jasni tiba pada jam 7.30 pagi disambut Timbalan Ketua Menteri, Datuk Ir. Shahelmey Yahya, Menteri Kewangan, Datuk Seri Masidi Manjun dan Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah, Datuk Saifulzaman Sangul.

Sekitar 7.45 pagi solat sunat Hari Raya Aidilfitri diimamkan Imam Besar Masjid Negeri, Suhaidi Kaunting disusuli khutbah bertajuk ‘Amalan Penambahbaikan Berterusan Pemangkin Malaysia Madani’ yang disampaikan oleh Mufti Kerajaan Negeri, Datuk Bungsu@ Aziz Jaafar.

Tun Juhar dan Toh Puan Norlidah meluangkan masa bersalaman dengan para jemaah sebelum beredar meninggalkan majlis pada 8.30 pagi.

Turut hadir, Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri, Datuk Roslan Muharam dan Timbalan Yang Dipertua Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS), Malai Ali Malai Ahmad.

RELATED ARTICLES
Utama

Lebih 5,000 pelajar telah terima manfaat menerusi TPNS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular