HomeIsu tempatanNetizen puji dua anggota polis trafik bantu tukar tayar pancit kenderaan, lancar...

Netizen puji dua anggota polis trafik bantu tukar tayar pancit kenderaan, lancar aliran trafik

Read Time:1 Minute, 16 Second

KUDAT: Kemeriahan seluruh umat Islam meraikan Hari Raya Aidilfitri yang bermula hari ini, ada juga insan-insan yang tidak dapat bercuti demi menggalas tanggungjawab memastikan keselamatan negara dijaga.

Selain bertugas sebagai mengawal keselamatan dan melancarkan aliran trafik jalan raya, dua anggota polis trafik daerah Kudat mendapat pujian netizen kerana membantu menggantikan tayar pancit pada sebuah kenderaan pengguna jalan raya di lokasi kilometer 4.5 jalan Kudat – Kota Kinabalu.

Dua anggota tersebut iaitu Koperal Jaironey Jebit dan Koperal Pendin Ak Guyu tidak berdalih dengan pantas membantu sekeluarga yang menaiki sebuah kenderaan jenis Honda City telah tersadai di bahu jalan kerana mengalami tayar pancit semasa dalam perjalanan kunjung mengunjung sempena sambutan Hari Raya.

Tindakan mulia kedua-dua anggota polis trafik berkenaan telah mendapat reaksi positif dari pengguna jalan raya lain yang sempat merakamkan gambar kejadian itu dan telah memuat naik di laman facebook mereka.

Ramai netizen yang memuji tindakan mulia kedua-dua anggota tersebut kerana selain melancarkan keadaan aliran trafik musim perayaan, mereka juga bertindak membantu masalah seperti menggantikan tayar pancit khususnya bagi pengguna yang melalui jalan kawasan Op Selamat 20 yang baru dilancarkan sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Op Selamat 20 sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri Tahun 2023 dilaksanakan serentak di seluruh negara selama lapan hari bermula 20 hingga 27 April 2023.

Fokus utama Op Selamat 20 ini adalah untuk memastikan aliran lancar untuk pengguna-pengguna jalan raya, mengurangkan kes kemalangan dan kes kemalangan maut pada musim perayaan selain memastikan keselamatan harta benda, permis, kediaman serta menurunkan kadar jenayah pecah rumah semasa musim perayaan.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

1,500 pengunjung meriahkan sambutan raya Pusat Alumni UMS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya