HomeUtamaPelancaran TV Sabah tepat pada waktunya - Jeffrey

Pelancaran TV Sabah tepat pada waktunya – Jeffrey

Read Time:1 Minute, 20 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

Kota Kinabalu : Pelancaran aplikasi mudah alih TV Sabah di negeri ini merupakan satu langkah yang tepat pada waktunya.

Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan berkata, TV Sabah merupakan siaran TV digital yang khusus untuk rakyat Sabah dengan majoriti pengisiannya tertumpu kepada negeri ini seperti perkembangan berita, bakat dan kebudayaan.

“Era digital masa kini telah mengubah gaya hidup masyarakat di seluruh pelusuk dunia. Sudah begitu banyak perubahan yang dapat kita lihat sama ada cara kita berinteraksi, cara kita belajar, berurusniaga, menonton TV untuk mendapatkan info serta hiburan, semuanya sudah banyak berbeza dan berubah dengan sentuhan digital.

“Peratusan penonton menggunakan aplikasi media streaming semakin meningkat disebabkan kemudahan yang disediakan aplikasi media ini berbentuk fleksibel, senang diakses dan mempunyai lebih banyak pilihan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan pelancaran TV Sabah Mobile Apps di sini kelmarin.

Jeffrey berkata, langkah Syarikat Kinabalu Media Sdn. Bhd. melancarkan aplikasi mudah alih iaitu TV Sabah merupakan satu langkah yang tepat pada waktunya.

Katanya yang turut berharap agar semua pihak dapat memberikan sokongan serta bantuan terhadap usaha murni TV Sabah yang merupakan produk tempatan untuk menjadikan platform tersebut sebagai medium ekspresi dan komunikasi untuk rakyat Sabah.

Jelas beliau, TV Sabah merupakan platform yang akan membawakan secara khusus acara-acara kemuncak sempena Sambutan Pesta Kaamatan Peringkat Negeri Sabah antaranya pertandingan Sugandoi dan Unduk Ngadau melalui aplikasi berkenaan.

Hadir sama, Bendahari Agung Kadazan Dusun Cultural Association (KDCA), Joseph Paulus Lantip dan Ketua Pegawai Eksekutif TV Sabah merangkap Pengerusi AJK Publisiti dan Hebahan Kaamatan Peringkat Negeri 2023, Suzanne Lujain-Bingkasan.

RELATED ARTICLES
Utama

Kerjasama SPSB, DPW menjadikan Sabah sebagai hab transhipment

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya