HomeIsu tempatanKebakaran Rumah: Isteri rentung, suami melecur di tangan dan belakang

Kebakaran Rumah: Isteri rentung, suami melecur di tangan dan belakang

Read Time:59 Second

KUALA PENYU: Seorang mangsa perempuan ditemui rentung dalam satu kejadian kebakaran rumah di Kampung Gerowot dekat sini awal pagi tadi (23 April).

Lokasi kejadian kebakaran rumah di Kg Gerowot, Kuala Penyu awal pagi tadi. – Foto ihsan JBPM Kuala Penyu

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Penyu PPgB Awang Mohd Sabree berkata, mangsa yang rentung dikenali sebagai Ninik Yanuwati, 48, ditemui di ruang tamu tingkat dua dalam kediamannya yang terbakar 80 peratus.

“Manakala seorang lagi mangsa iaitu suami kepada Ninik, dikenali sebagai Jumin Ansiu, 52, dilaporkan mengalami kecederaan iaitu melecur pada bahagian kiri dan kanan tangan serta bahagian belakang kerana cuba menyelamatkan isterinya semasa kejadian itu,” kata Awang ketika dihubungi Sabah Media hari ini.

Menurut Awang, pihak Bomba menerima panggilan kecemasan pada jam 6.57 pagi tadi mengenai kejadian itu.

“Kebakaran rumah dua tingkat itu turut melibatkan sebuah kenderaan jenis Proton Iswara.

“Mangsa rentung telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

Tambah beliau, tiga ahli keluarga terselamat dan tidak mengalami kecederaan dalam kebakaran itu iaitu dua orang anak lelaki dan perempuan mangsa masing-masing bernama Marakh Wilson Abed Nego berusia sembilan tahun dan Ellisa Easwerina Christy, 13, serta ibu Jumin dikenali sebagai Sinap Suram, 78.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

80 peserta sertai Program Renjer Muda TTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya