HomeIsu tempatan1,500 kanak-kanak meriahkan Egg-Mine-Nia

1,500 kanak-kanak meriahkan Egg-Mine-Nia

Read Time:2 Minute, 32 Second

Kota Kinabalu : Seramai hampir 1,500 orang kanak-kanak sekitar bandaraya Kota Kinabalu memeriahkan program Egg-Mine-Nia yang berlangsung di sini baru-baru ini.

Program yang dianjurkan pusat membeli belah Centre Point Sabah itu adalah bersempena perayaan Easter awal April lalu.

Centre Point dalam satu kenyataan berkata, program itu adalah bertujuan untuk memberi inspirasi kepada kanak-kanak untuk berani dan mencapai kejayaan apabila berhadapan dengan pelbagai cabaran.

Selain itu, program ini juga adalah untuk menikmati acara bersama keluarga mereka. 

“Acara ini senantiasa berlangsung dengan jayanya dan selalu menarik lebih 1,000 peserta setiap tahun, yang menjadikan acara itu antara acara terbesar dan paling dinanti-nantikan di Kota Kinabalu,”menurut kenyataan itu di sini.

Acara yang diadakan selama tiga hari itu membawa tema yang diilhamkan oleh permainan Minecraft dengan 12 stesen permainan penyelesaian masalah berbeza untuk kanak-kanak. 

“300 peserta pra-pendaftaran pertama menerima lencana Eggs-Mine-Nia khas dan beg rampasan yang disesuaikan,”tambah kenyataan itu lagi. 

Selain itu, terdapat juga dua peraduan lain yang diadakan semasa acara itu antaranya Pertandingan Mewarna Easter dan Pertandingan Melukis Telur Paskah untuk penyertaan kanak-kanak dan ibu bapa.

Acara Pertandingan Mewarna Easter dibahagikan kepada dua kategori iaitu Kumpulan A (4-8 tahun) dan Kumpulan B (9-12 tahun). 

Peserta diberi masa selama dua jam untuk melengkapkan peraduan dengan menggunakan bahan pewarna mereka sendiri, seperti krayon atau pensel warna. 

Juara bagi Kategori A disandang oleh Nurul Nataqhaliesyah Nurul Ain (7), diikuti Sandy Adelya Chin Li San (7) dan Bryan Ilham Chin Jian An (8), masing-masing selaku naib juara dan naib juara kedua. 

Dalam Kategori B, Lau Jian Xuan (11), mendapat gelaran juara dan diikuti oleh Nur Ain Shazwani Binti Mazalaan (12) sebagai naib juara pertama, dan naib juara kedua dimenangi Nur Schamanda Rianna Binti Gali (9). 

Semua pemenang memenangi hadiah wang tunai berserta pingat dan sijil.

Selain itu, Peraduan Melukis Telur Easter, bekerjasama dengan Cynstar Scenery Arts, telah mendapat penyertaan seramai 67 orang kanak-kanak.

Peraduan ini dibahagikan kepada dua kumpulan umur: Kategori A (4–8 tahun) dan Kategori B (9–12 tahun). Antara objektif utama pertandingan ini adalah untuk menggalakkan kreativiti kanak-kanak dan memupuk minat awal dalam melukis. 

Johan bagi Kategori A disandang oleh Mary Monique (5), diikuti Sandy Adelya Chin Li San (7) dan Nurul Nataghaliesyah Nurul Ain (7) masing-masing menjadi naib juara dan kedua. 

Mereka menerima wang tunai masing-masing bernilai RM120, RM100 dan RM80 berserta set mainan, pingat dan sijil setiap seorang. 

Manakala kategori B, Nur Zafrah Abdul Fattah (9), memenangi pertandingan itu dan membawa pulang wang tunai RM150, satu set alat permainan, pingat, dan sijil selain gelaran pemenang pertandingan melukis. 

Naib juara pertama dimenangi Lau Jia Xuan (11) dan Amber Lee Jia Hui (10) sebagai naib juara kedua, yang menerima ganjaran wang tunai, satu set mainan, pingat dan sijil.

Selain itu, terdapat juga beberapa aktiviti sampingan tambahan untuk dinikmati oleh para peserta semasa acara tersebut, termasuk papan permainan gergasi, gelongsor kembung, penampilan maskot, dan belon belon. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Ko-Nelayan, UMS jalin kolaborasi bangun produk makanan hiliran

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya