HomeUtamaLebih 1,000 tetamu hadir meriahkan Rumah Terbuka Tun Juhar

Lebih 1,000 tetamu hadir meriahkan Rumah Terbuka Tun Juhar

Read Time:41 Second

Kota Kinabalu :  Lebih 1,000 tetamu jemputan hadir memeriahkan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Yang di-Pertua Negeri Tun Juhar Mahiruddin yang diadakan di Istana Seri Kinabalu pagi tadi.

Antara tetamu kenamaan yang hadiri Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor dan isteri, Datin Seri Juliah Salag, Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Datuk Seri Kadzim M Yahya dan isteri, Datin Seri Noraini Salleh serta jemaah Menteri Kabinet serta isteri masing-masing.

Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Sr. Safar Untong serta Datin Seri Dr. Nuinda Alias, ketua-ketua jabatan negeri dan persekutuan.

Selain hidangan pelbagai juadah, para tetamu turut dihiburkan dengan persembahan oleh kumpulan gambus dari Papar.

Majlis yang bermula jam 10 pagi tadi berakhir jam 12 tengah hari, namun disambung semula ke sesi petang khusus bagi ahli keluarga Tun Juhar serta Toh Puan Norlidah.

RELATED ARTICLES
Utama

Letusan Gunung Ruang: MET Malaysia keluar Amaran Cuaca Penerbangan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya