HomeUtamaCuaca Panas : Beaufort, Nabawan berada pada tahap satu

Cuaca Panas : Beaufort, Nabawan berada pada tahap satu

Read Time:48 Second

Kota Kinabalu : Dua kawasan di Sabah dikategorikan berada pada tahap satu (berjaga-jaga) berikutan cuaca panas yang melanda negara pada masa ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataan memaklumkan, dua kawasan tersebut adalah di Beaufort dan Nabawan 

“Berdasarkan kemas kini status cuaca panas di seluruh negara setakat jam 4.30 petang tadi, terdapat tujuh kawasan di Semenanjung berada pada tahap satu (berjaga-jaga).

“Manakala di Sabah, dua kawasan dilaporkan berapa pada tahap satu (berjaga-jaga) iaitu di Beaufort dan Nabawan,” menurut kenyataan itu di sini hari ini.

MetMalaysia memaklumkan, tujuh kawasan di Semenanjung yang berada pada tahap satu ialah di Kuala Terengganu, Jeli, Kuala Krai, Pasir Mas, Tanah Merah, Rompin dan Jempol.

Tahap berjaga-jaga iaitu suhu maksimum harian boleh mencecah antara 35 hingga 37 darjah celcius dan berlarutan sekurang-kurangnya selama tiga hari berturut-turut. 

Untuk maklumat terkini status cuaca panas harian, boleh rujuk kepada https://www.met.gov.my/iklim/status-cuaca-panas/. – SABAH MEDIA.

RELATED ARTICLES
Utama

DUN Sabah : Sabah siap sedia untuk Hidrogen Hijau menerusi Tenaga...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya