HomeUtamaMTUC saran kerajaan sediakan data kontraktor culas 

MTUC saran kerajaan sediakan data kontraktor culas 

Read Time:1 Minute, 17 Second

BERNAMA

KUALA LUMPUR: Kerajaan dicadang menyediakan data kontraktor culas untuk menyelesaikan isu pembayaran pelarasan kadar gaji minimum, termasuk tunggakan secara terus kepada pekerja yang terkesan.

Setiausaha Agung Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Kamarul Baharin Mansor, berkata tunggakan gaji setiap pekerja kontrak perkhidmatan kerajaan ini seperti pekerja pembersihan dan pengawal keselamatan mencecah RM3,600, sejak kadar gaji minimum baharu RM1,500 dilaksanakan 1 Mei lalu.

“Walau apa pun sebab kegagalan majikan (kontraktor) membayar gaji minimum sama ada kelewatan kerajaan membayar pelarasan atau faktor kewangan kontraktor bermasalah, pekerja bawahan tidak boleh menjadi mangsa dengan kelemahan sistem yang dikuatkuasakan kerajaan.

“Kegagalan membayar gaji minimum mesti dilihat sebagai kelemahan sistem kontrak. Sikap tidak bertanggungjawab majikan menyebabkan pekerja tempatan menjadi mangsa buruh paksa, malah merencatkan perkembangan ekonomi negara dan melanggar perintah gaji minimum,” katanya, dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.

Kamarul Bahrin berkata, MTUC turut mencadangkan agar penahanan bon kontraktor dibuat sekiranya mereka gagal membayar pelarasan gaji minimum kepada pekerja.

“Kerajaan mesti mengambil tanggungjawab bagi memastikan majikan membayar tunggakan kepada pekerja dengan Kementerian Sumber Manusia (KSM) boleh menggunakan kuasa bagi memastikan semua pekerja di sektor di bawah kontrak kerajaan mendapat hak mereka,” katanya.

Beliau juga menyarankan supaya KSM memanggil pihak berkepentingan bagi memastikan isu gaji minimum tidak menjadi beban serta barah sehingga menimbulkan persepsi buruk terhadap kerajaan.

“Mekanisme pembayaran pelarasan kadar gaji perlu diwujudkan supaya menjadi panduan kepada pekerja dan kontraktor setiap kali perintah gaji minimum baharu diumumkan,” katanya.

Beliau turut berharap pelarasan gaji minimum ini akan menjadi realiti kepada seluruh pekerja di bawah kontrak perkhidmatan kerajaan sempena Hari Pekerja nanti.

RELATED ARTICLES
Utama

Kerajaan Negeri sokong penuh pindaan Ordinan Buruh Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya