HomeUtamaGempa bumi kuat landa Selatan Sumatera

Gempa bumi kuat landa Selatan Sumatera

Read Time:27 Second

BERNAMA

Kuala Lumpur : Satu gempa bumi kuat berukuran 7.0 pada skala Richter melanda Selatan Sumatera, Indonesia pada 4 pagi tadi.

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), gempa berlaku pada kedudukan 85 kilometer (km) Barat Laut dari Siberut, Indonesia dengan kedalaman 48 km.

“Gegaran dirasai di bahagian Pantai Barat Semenanjung Malaysia,” menurut kenyataan MetMalaysia menerusi laman Facebook.

Bagaimanapun, gempa itu tidak mencetuskan ancaman tsunami kepada Malaysia.

Pihak MetMalaysia meminta orang ramai yang merasai gegaran akibat gempa bumi itu supaya mengisi borang soal selidik disediakan menerusi pautan https://forms.gle/ouB7tgmn26DjZ1qX9. – BERNAMA.

RELATED ARTICLES
Utama

Tiada kompromi 40 peratus, pertahankan hak perlembagaan Negeri Sabah – Hajiji

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular