HomeUtamaTujuh selebriti terkenal Zhejiang TV China buat penggambaran filem di Sabah

Tujuh selebriti terkenal Zhejiang TV China buat penggambaran filem di Sabah

Read Time:2 Minute, 3 Second

KOTA KINABALU: Tujuh selebriti terkenal dari Zhejiang TV China berada di negeri ini bagi sesi penggambaran filem untuk rancangan realiti dikenali “Star Chasers” di negara mereka.

Mereka ialah pelakon yang juga penyanyi Raymond Lam, pelakon Wu Chi-Lung, Ding Zhou Jie, Chen Li-Nung, Cai Wen Jing dan Zhou Jie Qiong, dan penyanyi-pelakon Ah-Niu (seorang artis Malaysia).

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Christina Liew bersama Lembaga Pelancongan Sabah (STB) turut hadir mengalu-alukan ketibaan kumpulan selebriti China tersebut sejurus tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) pada jam 6 petang Ahad.

Rombongan selebriti itu melibatkan 180 ahli kru penggambaran.

Pada sebelah petang, hari yang sama, penggambaran lokasi pertama mereka adalah di Restoran Masakan Sedap di Hilltop, Luyang.

Manakala pada Isnin, para selebriti mengadakan lawatan singkat di Shangri-La Tanjung Aru, Kota Kinabalu sebelum berlepas ke Pulau Manukan untuk jadual penggambaran seterusnya, diikuti dengan lawatan ke Shangri-La Rasa Ria, Tuaran.

Jadual perjalanan selebriti hari ini (Selasa) membawa mereka ke Mari Mari Cultural Village (Inanam), Cabana Retreat Resort dan 101 Firefly Eco Park (Kawa Kawa Village). Mereka dijangka bertolak pulang esok (Rabu).

Christina berkata, aktiviti sembilan hari pasukan itu di Malaysia (termasuk Sabah) diselaraskan oleh Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan (Motac).

Dalam pada itu, Christina berbangga sambil mengalu-alukan kehadiran selebriti tersebut kerana memilih Sabah sebagai lokasi penggambaran filem mereka.

“Sebagai Menteri Pelancongan, saya mengalu-alukan kumpulan selebriti ke Sabah. Saya gembira mereka telah memilih Sabah sebagai salah satu daripada tiga negeri Malaysia (selepas Melaka dan Pahang) untuk filem mereka sebagai destinasi penggambaran.

“Mereka sedar bahawa Kota Kinabalu adalah salah satu tempat terbaik di dunia untuk melihat matahari terbenam yang indah,” katanya ketika ditemui pemberita pada Ahad.

Christina optimis rancangan realiti mereka yang akan datang di China akan menjadikan Sabah dikenali kepada khalayak yang lebih luas di sana, sekali gus menggalakkan lebih ramai warga China memilih Sabah untuk destinasi percutian mereka.

“Walaupun Sabah lebih dikenali oleh rakyat di bandar-bandar peringkat pertama di China, terdapat keperluan untuk mempromosikan negeri itu ke bandar-bandar peringkat kedua atau bahkan peringkat ketiga,” katanya.

Sementara itu, Presiden Persekutuan Persatuan Cina Sabah (FCAS), Tan Sri T.C. Goh juga mengalu-alukan misi selebriti itu di Sabah.

Katanya, beliau akan menyokong sebarang usaha yang akan memberi manfaat kepada negeri dan rakyatnya, khususnya dari segi meningkatkan ekonomi.

“Mereka telah mendengar begitu banyak tentang Sabah, jadi mereka memutuskan untuk datang dan meneroka tanah itu,” ujar Goh.

RELATED ARTICLES
Utama

UMS utamakan kebajikan pelajar, sedia bantu Crisnanalina daftar pengajian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular