HomeUtama30 rakyat Malaysia selamat dibawa keluar meninggalkan Pelabuhan Sudan

30 rakyat Malaysia selamat dibawa keluar meninggalkan Pelabuhan Sudan

Read Time:1 Minute, 7 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

Kota Kinabalu : Seramai 30 orang rakyat Malaysia telah selamat meninggalkan Pelabuhan Sudan dengan menaiki kapal tentera laut Arab Saudi menuju ke Jeddah.

Wisma Putra dalam satu kenyataan memaklumkan kapal tentera laut Arab Saudi yang membawa rakyat Malaysia itu akan menuju ke Jeddah selepas menempuh perjalanan yang sukar selama 30 jam melalui jalan darat dari Khartoum.

Tambah kenyataan itu lagi, perjalanan merentasi Laut Merah itu dijangka akan mengambil masa sekurang-kurangnya selama 12 jam.

“Kerajaan Malaysia ingin menyampaikan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih ke atas Kerajaan Arab Saudi dan Kerajaan Emiriah Arab Bersatu (UAE) atas bantuan dalam menjayakan misi ini,” menurut kenyataan itu yang dimuat naik di Facebook rasmi Wisma Putra di sini hari ini.

Wisma Putra berkata, atas semangat ehsan, Malaysia juga turut memudahcara evakuasi warganegara  Kemboja, Palestin, Filipina, Singapura, Sudan, Thailand, dan Amerika Syarikat untuk dibawa keluar dari Sudan dengan selamat di bawah usaha dan pemantauan operasi evakuasi  Malaysia.

Semalam, Menteri Luar Negeri Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir memaklumkan semua rakyat Malaysia di Sudan yang terlibat dengan proses evakuasi selamat tiba di Pelabuhan Sudan kelmarin pada jam 2.07 petang waktu Sudan atau 8.07 malam waktu Malaysia.

Tambahnya, semua mereka yang terlibat telah melalui perjalanan sejauh 1,233 kilometer dan mengambil masa selama 30 jam. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Penyelidikan Pulau Layang-Layang azam untuk pertahan kedaulatan negara

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular