TLDM bantu musnahkan bom UXO

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:58 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

Kota Kinabalu : Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) berjaya membantu melaksanakan operasi memusnahkan bom yang dikenali sebagai Unexploded Ordnance (UXO) di Pulau Mantanani, Kota Belud pada Isnin lalu.

TLDM dalam satu kenyataan berkata, operasi itu dilaksanakan Pasukan Pemusnah Bom TLDM yang dianggotai oleh Pasukan Selam bersama Juruteknik Peluru Depot Peluru dan Letupan Timur.

Ia diketuai oleh Komander Mohammad Nasrul Mat Daut TLDM dan telah diatur gerak bagi membantu Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam misi memusnahkan bom berkenaan.

“TLDM telah menerima permohonan bantuan daripada Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Belud untuk memeriksa suatu objek yang disyaki bom lama di pesisiran pantai Pulau Mantanani yang berada 43 batu nautika Timur Laut Pangkalan TLDM Kota Kinabalu (PTKK).

“Hasil siasatan dan temubual saksi mendapati objek berkenaan adalah UXO yang tidak aktif jenis Semi Armour Piercing Bomb, 500lbs, AN- M58 buatan Amerika Syarikat yang digunakan semasa zaman Perang Dunia Kedua,” menurut kenyataan itu di sini semalam.

Kenyataan itu turut berkata, bom berkenaan telah dibawa ke daratan dan seterusnya berjaya dimusnahkan oleh pasukan pada sebelah petang dengan selamat.

“Selesai penugasan Pasukan Pemusnah Bom TLDM pulang ke PTKK,”tambah kenyataan itu lagi. – SABAH MEDIA

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *