HomePolitikAhli Parlimen Batu Sapi serah keputusan kepada mahkamah

Ahli Parlimen Batu Sapi serah keputusan kepada mahkamah

Read Time:1 Minute, 43 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

Kota Kinabalu : Ahli Parlimen Batu Sapi Khairul Firdaus Akbar Khan menyerahkan sepenuhnya kepada mahkamah untuk membuat keputusan berhubung tindakan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) yang memfailkan permohonan untuk mengosongkan empat kerusi Parlimen di negeri ini.

Katanya, semua pihak mempunyai hujah dan pandangan tersendiri bagi mempertahankan sesuatu perkara dan ianya akan diserahkan kepada mahkamah untuk diputuskan.

“Dia mudah saja, mereka ada hujah, kami pun ada hujah.  Jadi kalau kita panjangkan cerita ini, tidak ada siapa yang berpuas hati, jadi serahkan kepada mahkamah untuk buat keputusan.

“Tetapi itulah ceritnya, politik ini kadang esok kawan, lusa lawan jadi janganlah kita bermusuh, kita sentiasalah berkasih saying kerana yang paling penting negara kita maju, itu sahaja,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas melancarkan Pakej Bola In The City With Sabah FC-A Trip Of Excitement di sini hari ini.

Khairul yang juga Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya berkata, beliau akan tetap mempertahankan segala keputusan yang telah dibuat oleh pihaknya sebelum ini.

“Sudah tentu saya akan tetap dengan pendirian dan mempertahankan  keputusan saya.  Kalau saya tidak pertahankan, saya akan hilang kerusi saya.

“Jadi saya perlu berpegang pada pendirian saya kerana saya percaya apa sahaja keputusan yang telah kita buat, kita berada di landasan yang betul, saya tidak tahu tentang yang lainlah,”katanya.

Terdahulu, BERSATU telah memfailkan permohonan kebenaran mahkamah untuk memulakan prosiding semakan hakim bagi mencabar keputusan Speaker Dewan Rakyat, Johari Abdul yang tidak mengosongkan empat kerusi Parlimen di Sabah.

Dalam permohonan yang difailkan pada 27 April di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, parti itu memohon pengisytiharan bahawa kerusi Papar, Batu Sapi, Ranau dan Sipitang yang disandang oleh bekas ahli Parlimen Bersatu, sudah dikosongkan.

Ia menamakan Johari dan empat ahli parlimen kerusi berkenaan, iaitu Khairul Firdaus Akbar Khan (Batu Sapi), Armizan Mohd Ali (Papar), Jonathan Yasin (Ranau), Dan Matbali Musa (Sipitang).

Empat ahli parlimen itu bertanding atas tiket parti Gabungan Rakyat Sabah (GRS) pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15), manakala Bersatu adalah sebahagian daripada GRS namun Bersatu digugurkan sebagai ahli gabungan itu selepas pilihan raya.. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Juliah santuni anak-anak istimewa PPDK Tuaran

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya