HomeUtamaKerajaan sambut baik usaha mana-mana pihak bantu tarik pelancong, jana pendapatan penduduk

Kerajaan sambut baik usaha mana-mana pihak bantu tarik pelancong, jana pendapatan penduduk

Read Time:1 Minute, 30 Second

RANAU: Kerajaan sentiasa menyambut baik usaha yang dilakukan oleh mana-mana pihak yang boleh membantu menarik pelancong ke kawasan pedalaman seperti Ulu Sugut yang sekaligus dapat membantu menjana pendapatan kepada masyarakat setempat.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Dr. Joachim Gunsalam yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kundasang berkata demikian ketika merasmikan pelancaran ‘3rd Ulu Sugut Offroad Challenge’ yang dianjurkan oleh Kelab Sukan dan Rekreasi Ulu Sugut di Kampung Wayan, Sugut, di sini, hari ini.

Dr. Joachim memuji penganjuran aktiviti ini yang boleh menarik pelancong ke Ulu Sugut yang sememangnya berpotensi untuk dibangunkan sebagai sebuah kawasan pelancongan.

“Pada masa yang sama, ini juga akan dapat menjana pendapatan sekaligus meningkatkan taraf ekonomi pada masa akan datang,” katanya, sambil menambah aktiviti seumpama ini juga dapat mengeratkan hubungan sesama peserta serta dengan penduduk kampung.

Aktiviti ‘3rd Ulu Sugut Offroad Challenge’ yang diadakan di Sungai Ulu Sugut ini, dengan keluasan 800 meter, berlangsung sehingga 30 April dan melibatkan para peserta yang datang dari Kota Kinabalu, Ranau, Kota Marudu dan Sandakan.

Turut diadakan ialah ceramah berkaitan pelancongan anjuran Lembaga Pelancongan Sabah (STB) dan Pertandingan Robotik.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan itu juga meluluskan peruntukan bagi membina sebuah dewan terbuka di Kampung Wayan bagi kegunaan penduduk kampung mengadakan aktiviti-aktiviti yang bermanfaat.

Sementara itu, Pengerusi kelab, Jaminus Agang berterima kasih atas sumbangan yang diberikan oleh Dr. Joachim, Ahli Parlimen Ranau, Datuk Jonathan Yassin, ADUN Karanaan, Datuk Seri Masidi Manjun serta individu persendirian dan persatuan untuk program ini.

Turut hadir, Pegawai Perhubungan Ahli Parlimen Ranau, Louis Sinti, Pemaju Mukim Malinsau, Ratimin Kukunut, serta ahli-ahli persatuan suku etnik Tinagas, etnik Talantang dan etnik Sungai.

Dalam program yang berasingan, Dr. Joachim bersama menghadiri Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Kampung Merungin 2 yang turut dihadiri oleh dengan Setiausaha Politiknya, Yubidi Gumpoyoh; Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Dounis Sany dan Ketua-ketua Kampung.

RELATED ARTICLES
Utama

Cubaan seludup minuman keras bernilai RM450,000, duti, cukai lebih RM1.9 juta...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya