HomeUtamaBelum ada laporan baharu berkaitan strok haba, KKM terus laksana pemantauan

Belum ada laporan baharu berkaitan strok haba, KKM terus laksana pemantauan

Read Time:1 Minute, 23 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

Kota Kinabalu : Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) belum menerima sebarang laporan berkaitan kes strok haba yang baharu di negara ini.

Bagaimanapun Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa berkata, pihaknya akan terus melaksanakan pemantauan khusus selain bahagian kesihatan awam dan hospital turut melihat kes berkaitan untuk direkodkan.

Katanya, pihaknya juga turut membuat pemantauan teliti secara berterusan susulan kes dua kanak-kanak berusia 11 tahun dan setahun tujuh bulan yang dilaporkan meninggal dunia dipercayai akibat strok haba.

“Bagaimanapun, saya juga ingin memastikan dan menunggu laporan sama ada kes ini diakibatkan oleh strok haba ataupun ada penyakit lain.

Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa

“Kita juga tahu kanak-kanak terbabit mempunyai sakit seperti cirit-birit sebelum itu.  Mungkin ia menambahkan keterukan kepada simptom yang ada,” katanya.

Beliau berkata dmeikian pada sidang media selepas menghadiri sesi libat urus Kertas Putih Kesihatan Zon Negeri Sabah bertempat di Auditorium Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Dr Zaliha berkata, pihaknya maklum bahawa umum mengetahui bahawa fenomena cuaca panas yang berpanjangan melanda negara terutamanya negeri di utara Semenanjung sehingga Ogos ini adalah susulan peralihan Monsun Timur Laut.

“Ini adalah antara perkara yang disebabkan oleh perubahan cuaca secara global.  Jadi kita kena ambil pasti dan ini jangan kita ambil mudah sebab yang disebut tadi kita ada kes kematian,” katanya.

Hadir sama, Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat merangkap Exco Kesihatan negeri Datuk James Ratib, Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan dan Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) Datuk Dr Rose Nani Mudin.

Dr Zaliha turut menasihati ibu bapa untuk sentiasa memantau pergerakan anak masing-masing dan ambil langkah sewajarnya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Tragedi Lemas di Pantai Bundusan: Dua Mangsa Ditemui Meninggal Dunia

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular