Cuaca Panas : Beaufort kembali dikategorikan berada pada tahap berjaga-jaga

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:51 Second

Kota Kinabalu : Daerah Beaufort kembali dikategorikan sebagai kawasan yang berada pada tahap satu iaitu berjaga-jaga berikutan cuaca panas yang melanda negara.

Selain itu, daerah Nabawan yang terletak di pedalaman Sabah juga masih dikategorikan pada tahap berjaga-jaga.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataan berkata, turut dikategorikan pada tahap sama adalah di Mukah Sarawak.

“Berdasarkan kemas kini status cuaca panas di seluruh negara setakat jam 4.30 petang tadi, hanya Beaufort dan Nabawan di Sabah masih merekodkan cuaca panas pada tahap berjaga-jaga.

“Manakala di Sarawak hanya satu iaitu di Mukah dan tiada kawasan dilaporkan berada pada tahap berjaga-jaga di Semenanjung, ” menurut kenyataan itu di sini.

Sebelum ini, beberapa kawasan di Semenanjung  dikategorikan berada pada tahap satu iaitu berjaga-jaga.

Tahap berjaga-jaga iaitu suhu maksimum harian boleh mencecah antara 35 hingga 37 darjah celcius dan berlarutan sekurang-kurangnya selama tiga hari berturut-turut. 

Untuk maklumat terkini status cuaca panas harian, boleh rujuk kepada https://www.met.gov.my/iklim/status-cuaca-panas/. – SABAH MEDIA.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *