HomeIsu tempatanNessly Januil dinobatkan juara Unduk Ngadau Kaamatan UPKO Kota Belud 2023

Nessly Januil dinobatkan juara Unduk Ngadau Kaamatan UPKO Kota Belud 2023

Read Time:1 Minute, 2 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

Kota Belud: Nessly Januil,19, dari Kampung Mandap berjaya dinobatkan sebagai johan Unduk Ngadau Kaamatan UPKO Kota Belud 2023 selepas menewaskan 11 peserta di peringkat akhir Pertandingan Unduk Ngadau sambutan Raya Kaamatan UPKO Kota Belud, hari ini.

Dengan kemenangan itu, pelajar berusia 19 tahun itu menerima hadiah wang tunai sebanyak RM2,200 berserta tropi dan jambangan bunga.

Nessly akan mewakili Kota Belud pada pertandingan Unduk Ngadau UPKO peringkat bahagian pada 6 dan 7 Mei ini di Dewan Tun Hamdan Tamparuli.

Manakala tempat kedua pula dimenangi oleh Marsha Fabian Wong , 23, dari Kampung Baru Timbang Manggaris dan menerima hadiah wang tunai sebanyak RM900 berserta tropi.

Tempat ketiga Aldyvia Christyka Jaikon,23, dari Kampung Piasau Kota Belud dan menerima hadiah wang tunai sebanyak RM700 dan tropi.

Kesemua hadiah disampaikan oleh Datin Connie Parantis, isteri kepada Datuk Ewon Benedick, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi pada majlis Sambutan Kaamatan Raya UPKO 2023, di Dataran Skyblue Kg.Piasau, di sini, hari ini.

Majlis perasmian Raya Kaamatan UPKO Kota Belud itu disempurnakan oleh Ewon yang juga Presiden UPKO, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kadamaian dan Ahli Parlimen Penampang.

Acara lain yang diadakan sempena sambutan itu ialah pertandingan Sugandoi Kaamatan dan Tarik Tali. – SABAH MEDIA.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

28 Hafiz, Hafizah sertai kategori hafazan pada MTHQNS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya