HomeUtamaCuaca Panas : Sabah akan bincang pelanjutan cuti sekolah

Cuaca Panas : Sabah akan bincang pelanjutan cuti sekolah

Read Time:1 Minute, 10 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

Kota Kinabalu : Satu pertemuan dengan semua Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) di Sabah akan diadakan bagi mendapatkan pandangan berkaitan situasi cuaca panas yang melanda negara pada masa ini.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif berkata, ia termasuklah cadangan bagi melanjutkan cuti persekolahan khususnya di negeri ini.

Katanya, sebarang cadangan dan keputusan berhubung perkara tersebut akan dibawa untuk perbincangan di peringkat Kabinet Sabah.

“Perkara ini akan kita bincang dengan peringkat Persekutuan berhubung cadangan untuk melanjutkan cuti persekolahan di Sabah dengan kementerian di sini. 

“Saya juga akan memanggil PPD di daerah-daerah untuk mendapatkan pandangan mereka sebelum dibawa ke peringkat Kabinet negeri,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Kerajaan Sabah di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) di sini hari ini.

Majlis itu turut dihadiri Yang di-Pertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin dan isteri Toh Puan Norlidah RM Jasni.

Hadir memeriahkan majlis ialah Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor dan isteri Datin Seri Juliah Salag.

Arifin yang juga Exco Pendidikan Sabah berkata, selain isu cuaca panas, perbincangan bersama PPD juga akan melibatkan perkara yang berkaitan dengan COVID-19.

Sebelum ini Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, Jemaah Menteri perlu mengadakan perbincangan sama ada cuti persekolahan perlu dilanjutkan susulan fenomena cuaca panas yang melanda negara. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

JUM bantu usahawan muda Membakut tahun depan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular