HomeIsu tempatanKemalangan jalan raya berasingan: Tiga maut, satu cedera parah

Kemalangan jalan raya berasingan: Tiga maut, satu cedera parah

Read Time:1 Minute, 46 Second

KOTA KINABALU: Dua maut dan seorang cedera parah dalam satu kemalangan membabitkan pertembungan dua buah kenderaan berhampiran University Plaza, Jalan Sulaman dekat sini pagi tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 10.48 pagi tadi (30 April) mengenai kejadian itu.

“Pasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Kinabalu dikerah ke lokasi kejadian, pasukan operasi mendapati kemalangan melibatkan dua buah kenderaan iaitu Proton Saga dan Proton Wira Aeroback.

“Terdapat dua orang mangsa tersepit di kenderaan Proton Wira Aeroback. Manakala mangsa di kenderaan Proton Saga dikeluarkan oleh orang awam sebelum ketibaan pasukan Bomba di lokasi.

“Pasukan Bomba berjaya mengeluarkan mangsa yang tersepit dikenali sebagai Ahmad Termizy M Zaini, 34, (Proton Saga) yang mengalami cedera parah diberi rawatan awal oleh pasukan EMRS seterusnya dihantar ke Hospital Likas oleh pihak ambulan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut kenyataan itu, dua mangsa yang meninggal dunia dikenali Herman Abdullah, 20, (Proton Wira) dan seorang wanita belum dikenalipasti identitinya disahkan oleh pihak pasukan perubatan dan di serahkan kepada polis untuk tindakan susulan.

“Setelah memastikan tiada lagi kemerbahayaan yang wujud operasi ditamatkan pada jam 12.20 tengah hari,” katanya.

Dalam kejadian kemalangan jalan raya yang berasingan, seorang lelaki maut selepas kereta yang dipandu terbabas sendiri di Jalan Lama Papar awal pagi tadi.

Pasukan bomba mengeluarkan mangsa Alif Syahdan dari dalam keretanya yang terbabas di lokasi kejadian. – Foto ihsan JBPM Papar.

Mangsa dikenali sebagai Alif Syahdan Lasim, 21, disahkan meninggal dunia oleh pihak pegawai perubatan yang berada di lokasi kejadian.

Menurut jurucakap PGO JBPM Sabah, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 6.19 pagi tadi (30 April) mengenai kemalangan tersebut.

“Pasukan bomba tiba di lokasi kejadian mendapati kemalangan jalan raya melibatkan sebuah kereta jenis Proton Wira terbabas sendiri ke dalam parit.

“Terdapat seorang mangsa tidak sedarkan diri dan berjaya dikeluarkan oleh pasukan bomba menggunakan peralatan Rescue Tools, namun mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pegawai perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Seterusnya mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

“Setelah memastikan tiada lagi bahaya yang wujud operasi ditamatkan pada jam 8.05 pagi,” katanya.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

UMS usaha sebar luas pengetahuan berkaitan HIV AIDS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular