HomeIsu tempatanPenganjuran Sugandoi mampu martabat bahasa Kadazan Dusun

Penganjuran Sugandoi mampu martabat bahasa Kadazan Dusun

Read Time:1 Minute, 30 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

Tamparuli : Penganjuran acara sugandoi yang diadakan pada perayaan Pesta Kaamatan mampu menjadi platfrom untuk para peserta menguasai dan memartabatkan bahasa Kadazan Dusun.

Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Jahid Jahim berkata, menerusi pertandingan itu, para peserta wajib menggunakan bahasa Kadazan Dusun Murut (KDM) sebagai salah satu syarat kepada penyertaan.

“Pada lazimnya acara sugandoi ini diadakan pada setiap kali perayaan Pesta Kaamatan bagi mencungkil bakat-bakat baru seterusnya melahirkan artis-artis tempatan di kalangan masyarakat khususnya KDM di daerah Tuaran dan di seluruh negeri dan negara secara keseluruhannya. 

“Selain daripada itu acara sugandoi ini juga merupakan platform untuk menguasai dan memartabatkan bahasa Kadazan Dusun dimana para peserta diwajibkan menggunakan Bahasa KDM sebagai salah satu syarat utama untuk menyertai pertandingan sugandoi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Pertandingan Akhir Sugandoi sempena pelancaran Pesta Kaamatan Peringkat Negeri di daerah Tuaran di sini semalam.

Jahid yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tamparuli berkata, pelaksanaan acara seperti Pertandingan Unduk Ngadau, Sugandoi, Sukan Tradisi, Pertandingan muzik Tradisi dan Persembahan Tarian telah berjaya melahirkan semangat muhibbah dan kasih sayang dikalangan masyarakat khususnya KDM.

Selain itu katanya, ia juga mampu melahirkan semangar perpaduan semua kaum menerusi perayaan Kaamatan.

“Persembahan kebudayaan yang di jalankan sejak sekian lama telah menjadi budaya yang menjurus kepada perpaduan pelbagai kaum, khususnya di Sabah dan Malaysia secara keseluruhannya. 

“Perayaan kaamatan ini bukan sahaja dirayakan sebagai perayaan utama suku kaum KDM di Sabah, tetapi dirayakan juga oleh kaum KDM yang berada di Semenanjung Malaysia seperti di Johor, Lembah Kelang Selangor dan Melaka. 

“Malah perayaan ini turut dirayakan oleh suku kaum KDM yang berada diluar negara seperti di Negara Australia, United Kingdom dan menerusi laman web secara online juga perayaan kaamatan dapat di tonton dimana-mana tempat di seluruh dunia,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Penduduk Papar berpeluang nikmati pawagam komuniti 24 jam pertama di Malaysia

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya