HomeUtamaYDS beri fokus aspek pembangunan, pendidikan, kebajikan dan usahawan

YDS beri fokus aspek pembangunan, pendidikan, kebajikan dan usahawan

Read Time:2 Minute, 39 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

Kota Kinabalu :   Yayasan Dangsanak Sabah (YDS) akan terus memberi fokus kepada pembangunan bidang pendidikan, kebajikan dan usahawan di negeri ini.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Dr. Mohd Arifin Arif berkata, yayasan itu juga akan berusaha untuk membantu golongan pelajar serta usahawan kecil dengan menyalurkan sumbangan selaras dengan inisiatif Sabah Maju Jaya (SMJ).

“Kita akan fokus kepada beberapa perkara berhubung dengan pendidikan, kebajikan dan sedikit sebanyak membantu usahawan kecil. Kita sudah sampaikan bantuan hasil sumbangan para penyumbang termasuk bidang pendidikan kepada pusat tahfiz, bidang kebajikan kepada anak yatim dan kita akan kenal pasti lagi pelajar yang cemerlang untuk kita beri anugerah melalui YDS.

“Inilah yang diinginkan oleh Ketua Menteri Sabah bagaimana kita boleh membantu menjana inisiatif SMJ melalui kegiatan-kegiatan kebajikan pendidikan dan sebagainya,” katanya kepada media selepas Majlis Makan Malam Amal Sentosa di Kubah Hayat di sini, kelmarin.

Majlis itu turut dihadiri Timbalan Ketua Menteri Datuk Ir Shahelmey Yahya yang mewakili Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor.

Mengenai majlis makan amal tersebut Arifin yang juga Pengerusi YDS menjelaskan, pihaknya menerima sambutan luar jangka daripada beberapa kementerian dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

“Mudahan-mudahan apa yang kita perolehi, dapat membantu sedikit sebanyak kepada yayasan ini untuk membuat aktiviti dan program..yang sangat penting ialah program kebajikan,  pendidikan, pembangunan ekonomi masyarakat Brunei serta masyarakat lain dapat dibantu.

“Apa yang kita perolehi, kita akan sampaikan kepada masyarakat untuk manfaat dan pastikan semua yang disumbangkan dengan menaja atau membeli meja untuk program ini, akan kita sampaikan kepada yang berhak untuk kebajikan, pendidikan dan pembangunan ekonomi mana yang kita termampu termasuk pengurusan YDS,” katanya.

Pada majlis itu, Shahelmey menyampaikan sumbangan cek RM3,000 masing-masing kepada Mahad Tahfiz Bayu Syahadah Kampung Bitoon Ranau, Rumah Anak Yatim baitul Amin Pitas, Rumah Anak Yatim Baitul Hidayah Kudat dan Madrasah Tahfiz Al-Quran Al-Kareem Kampung Benoni Papar.

Turut menerima sumbangan, Pondok Fii Dzilalil Quran Kota Belud, Mahad Tahfiz Syatibiyyah Masjid SDA Kota Kinabalu, Rumah Anak Yatim As Sakinah Papar dan Tahfiz Yatama Membakut.

Selain itu, turut menerima sumbangan sama ialah pelajar Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) No.1 Terbaik Malaysia Tahun 2021, Nur Errmalyss Esa dari Kota Klias yang diwakili bapanya, sebelum para penaja serta penyumbang menerusi jualan meja dihiburkan oleh penyanyi rock lagenda, Ramli Sarip atau “Papa Rock” dengan rangkaian 17 buah lagu termasuk lagu baharu, “Sentosa di Kubah Hayat” nukilan Ramli sendiri dan lirik oleh Arifin.

Hadir sama, Ahli-ahli Lembaga Pemegang Amanah YDS antaranya, Ketua Pegawai Eksekutif Sedafiat Sdn Bhd, Datuk Ag Buhtamam Ag Mahmun, Datuk
Masnah Matsalleh, Datuk Mohd Shah Mohd Talib, Dr Awang Faisal Asyyiffa Ag Rahim.

YDS yang telah dilancarkan pada 28 Oktober lalu oleh Hajiji, bertujuan untuk meningkat dan membangunkan tahap sosioekonomi rakyat berbangsa Brunei di Sabah ke arah masyarakat yang sejahtera dan maju jaya dengan mempelbagaikan program bantuan untuk disampaikan kepada golongan sasar, seiring dan senada dengan kemajuan etnik-etnik di Sabah.

Yayasan terbabit juga komited untuk memastikan lebih ramai anak-anak masyarakat Brunei yang berjaya untuk menjadi sebahagian daripada pelapis kepimpinan tertinggi di Sabah, perkhidmatan awam negeri atau persekutuan, bidang perubatan, pendidikan mahupun perniagaan.

RELATED ARTICLES
Utama

Bakal jemaah haji Sabah perlu siapkan diri dari aspek mental, kekuatan...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya