HomeIsu tempatanOrang ramai dipelawa meriahkan Rumah Terbuka Aidilfitri DUN Lumadan, Parlimen Sipitang Sabtu...

Orang ramai dipelawa meriahkan Rumah Terbuka Aidilfitri DUN Lumadan, Parlimen Sipitang Sabtu ini

Read Time:1 Minute, 11 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

Beaufort: Masyarakat sekitar daerah ini dan yang berhampiran dipelawa untuk memeriahkan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Dewan Undangan Negeri (DUN) Lumadan dan Parlimen Sipitang yang akan diadakan Sabtu ini.

Majlis yang bermula seawal jam 10 pagi itu akan diadakan di perkarangan pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lumadan di Bandar Mingo di sini.

Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Datuk Ruslan Muharam berkata, penganjuran majlis itu adalah bagi memupuk semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat yang berbilang kaum, budaya dan agama di negeri ini.

“Majlis itu sudah tentu antara lainnya adalah bagi meraikan kemenangan umat Islam setelah sebulan kita menjalani ibadah puasa di bulan Ramadan yang lalu selain kita dapat berkongsi rezeki bersama rakyat di kawasan Lumadan dan Sipitang khususnya.

“Sambutan kali ini juga akan kita adakan bersama Ahli Parlimen Sipitang Datuk Matbali Musah dan ini jelas menunjukkan satu kerjasama yang sangat baik selaras dengan slogan Lumadan Sejahtera,” katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Ruslan yang juga ADUN Lumadan berkata, menerusi majlis ini juga pada pemimpin dapat beramah mesra dengan rakyat dan merapatkan lagi hubungan silaturrahim antara pemimpin serta rakyat yang hadir.

“Justeru itu, saya menjemput semua lapisan masyarakat sekitar daerah ini dan yang berhampiran untuk datang bersama keluarga pada majlis ini.

“Inilah masanya untuk rakyat bertemu dengan pemimpin kerana pada majlis ini juga beberapa barisan kepimpinan Kabinet Negeri juga akan turut bersama memeriahkan lagi majlis ini nanti,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Pesta Kaamatan landasan terbaik kukuhkan ikatan perpaduan merentasi agama, bangsa dan...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular