HomeUtamaKerajaan pantau harga tiket penerbangan Sabah, Sarawak musim perayaan

Kerajaan pantau harga tiket penerbangan Sabah, Sarawak musim perayaan

Read Time:1 Minute, 23 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

KOTA KINABALU: Kerajaan akan memantau syarikat penerbangan negara meletakkan harga tambang yang berpatutan khususnya kepada penumpang-penumpang dari Sabah dan Sarawak yang berada di Semenanjung pada musim perayaan akan datang.

Ini adalah susulan semalam seorang pemimpin Sabah mendakwa dalam kenyataannya harga tiket penerbangan ke Sabah dan Sarawak di musim perayaan seperti harga ‘tiket kayangan’ dan menjadi mangsa buli oleh syarikat penerbangan nasional.

Mengulas kenyataan itu, Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, isu harga tiket yang mahal khususnya untuk warga Sabah dan Sarawak sudahpun dibincangkan diperingkat jemaah menteri persekutuan.

“Menteri Pengangkutan Datuk Seri Anthony Loke sudah berbincang dengan syarikat penerbangan supaya tidak menggunakan asas terhadap tiket penerbangan ini mengikut permintaan dan penawaran tetapi mesti ada unsur tanggungjawab sosial korporat (CSR) kepadanya,” katanya pada sidang media selepas mengadakan lawatan kerja rasmi di MRSM Tan Sri Musa Aman Kota Kinabalu, di sini hari ini.

Menurutnya, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri atas cadangan beliau supaya syarikat penerbangan butik antara Sabah dan Sarawak ini dapat diwujudkan dan saya harap ini bukan sahaja hanya dapat diwujudkan wilayah Sabah dan Sarawak tetapi antara Sabah, Sarawak dan Semenanjung.

“Kita harap di perayaan-perayaan akan datang perkara ini dapat di atasi dengan segera dan kami (kerajaan) amat prihatin terhadap permasalahan yang dihadapi terutamanya dari segi kos penerbangan negara untuk Sabah dan Sarawak yang bekerja di Semenanjung yang merayakan perayaan di kampung halaman masing-masing.

“Kita akan lihat di hari Gawai dan Kaamatan nanti supaya masalah ini tidak timbul lagi, saya bersama Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof akan memantau supaya perkara ini dilaksanakan sepenuhnya kelak,” ujarnya.

RELATED ARTICLES
Utama

SPRM Sabah tahan pasangan suami isteri bekas CEO & pengarah syarikat...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular