HomeUtamaMRSM Kota Kinabalu kini MRSM Tan Sri Musa Aman Kota Kinabalu

MRSM Kota Kinabalu kini MRSM Tan Sri Musa Aman Kota Kinabalu

Read Time:2 Minute, 16 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

KOTA KINABALU: Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan hari ini Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Kota Kinabalu kini dikenali sebagai MRSM Tan Sri Musa Aman Kota Kinabalu.

Zahid mengumumkan perkara tersebut semasa lawatan kerja rasmi beliau ke MRSM Kota Kinabalu hari ini.

Katanya, ini bagi pengiktirafan beliau secara peribadi kerana jasa dan sumbangan Tan Sri Musa Aman selama 21 tahun MRSM diwujudkan di Kota Kinabalu.

“Ini adalah pengiktirafan peribadi saya sebagai sahabat kepada Tan Sri Musa Aman, MRSM tegak berdiri selama 21 tahun atas jasa beliau, atas keputusan ketua menteri sabah pada ketika itu, walaupun beliau bukan lagi ketua nenteri Sabah tetapi beliau banyak berjasa kepada negeri Sabah, jadi saya sebagai sahabat beliau mengiktiraf jasa dan sumbangan beliau ini,” katanya pada sidang media selepas lawatan rasmi beliau di sini.

Dalam pada itu Zahid turut mengumumkan sebanyak RM50 juta diperuntukkan kerajaan di bawah peruntukan pembangunan bagi projek menaik taraf dan membaik pulih
Institusi Pendidikan MARA (IPMA) bagi tahun 2023.

Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Dato’
Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, daripada jumlah tersebut, sebanyak
RM25 juta diperuntukkan kepada Maktab Rendah Sains MARA (MRSM),
RM17 juta kepada Institut Kemahiran MARA (IKM) dan Kolej Kemahiran
Tinggi MARA (KKTM), manakala RM8 juta diperuntukkan kepada Kolej MARA (KM) dan Kolej Profesional MARA (KPM).

Beliau yang diiringi Pengerusi MARA, Dato’ Dr. Asyraf Wajdi sempat meninjau MRSM itu yang telah berusia 21 tahun dan kini mempunyai 657 orang murid.

Dalam ucapannya, beliau menzahirkan rasa bangga kerana MARA dan MRSM mempunyai standard Pendidikan yang baik. Imej yang berprestij ini haruslah dipertahankan sebaiknya, termasuk dari segi infrastruktur dan pengisiannya.

Beliau turut menggesa agar semua warga MARA mempunyai mentaliti
penyelenggaraan (Maintenance Mentality) serta bersama-sama menyayangi dan melindungi premis agar semua pihak selesa, dan ramai lagi selepas ini dapat merasai keselesaan yang sama.

Dalam sesi lawatan tersebut, beliau turut menyampaikan sumbangan
bantuan daripada Yayasan Pelajaran MARA (YPM) dan Persatuan Bekas
Pelajar MRSM Malaysia (ANSARA) kepada pelajar-pelajar MRSM dari
keluarga B40 serta penyampaian Surat Arahan Pelaksanaan (SAP) Bina Baru
Rumah PPRT kepada pelatih Pusat Giat MARA Beaufort yang merupakan
mangsa kebakaran.

Untuk rekod, MARA Negeri Sabah mempunyai seramai 701 warga kerja yang merangkumi 51 Pusat MARA terdiri daripada Pejabat MARA Negeri dan Daerah, MRSM, IKM, KPM sehinggalah GiatMARA.

Manakala, MARA mempunyai empat buah MRSM di negeri tersebut iaitu MRSM Kota Kinabalu, MRSM Tun Mohammad Fuad Stephens Sandakan, MRSM Tun Datu Mustapha Tawau dan MRSM Semporna.

Pada majlis yang sama, Zahid berkata akan mengumumkan nama baharu dua MRSM Ranau dan Semporna di Sabah.

“Terdapat dua lagi MRSM yang saya akan umumkan nama baharu untuk MRSM Ranau dan MRSM Semporna, apabila saya berada di kedua-dua tempat ini saya akan umumkan nama-nama berkenaan,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Letusan Gunung Ruang: MET Malaysia keluar Amaran Cuaca Penerbangan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya