HomeIsu tempatanMARA sumbang sebuah rumah baharu untuk mangsa kebakaran pelatih GIATMARA Beaufort

MARA sumbang sebuah rumah baharu untuk mangsa kebakaran pelatih GIATMARA Beaufort

Read Time:1 Minute, 24 Second

KOTA KINABALU: Kejadian kebakaran rumah seorang pelatih GIATMARA Beaufort yang mengorbankan isterinya turut mendapat perhatian dari Majlis Amanah Rakyat (MARA).

Dalam kejadian pada 2 Syawal ( 23 April) lalu, rumah yang didiami seorang pelatih GIATMARA Beaufort Jumin Ansiu, 52, bertempat di Kampung Gerowot, Kuala Penyu, musnah dalam kebakaran kira-kira jam 6.30 pagi, yang mengorbankan isterinya Ninik Yanuwati, 48, manakala ibunya Kinup Suram, 78, cedera melecur di bahu, dua anaknya Elissa Easwerina Christy, 12, dan Markh Wilson Abednego, 8, tidak mengalami sebarang kecederaan. Turut musnah sebuah motosikal milik mangsa.

Hari ini, keprihatinan MARA melalui Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) menyumbangkan sebuah rumah baharu di bawah Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) kepada mangsa kebakaran tersebut.

Sumbangan disampaikan oleh Pengerusi MARA, Dato’ Dr. Asyraf Wajdi kepada anak-anak mangsa Elissa dan Markh yang disaksikan oleh Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi pada Majlis Lawatan Kerja Rasmi TPM ke Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Kota Kinabalu hari ini.

Selain itu, MARA juga turut menyumbangkan bantuan cek bernilai RM5,000 kepada mangsa kebakaran tersebut.

Menurut Jurucakap MARA, Jumin merupakan seorang pelatih semasa mengikuti kursus Teknologi Automotif di GIATMARA Beaufort bermula Januari 2023 dan dijangka tamat pada hujung Jun 2023.

“Manakala isteri beliau merupakan suri rumah sepenuh masa dan mengambil tempahan serta menjahit di rumah, kini telah hilang punca pendapatan sampingan keluarga mereka apabila isterinya terkorban di dalam kejadian kebakaran.

“Jumin yang mendapat kecederaan melecur di bahu dan kedua belah tangannya, serta bahagian belakangnya kini sedang menerima rawatan di Hospital Queen Ellizabeth I, Kota Kinabalu.

“Buat masa ini, ibu dan dua anak mangsa tinggal di pondok sementara yang dibuat oleh orang kampung,” katanya.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

58 beg darah berjaya dikutip, bantu pesakit memerlukan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular