HomeUtamaErat silaturrahim dalam kalangan masyarakat dimusim perayaan

Erat silaturrahim dalam kalangan masyarakat dimusim perayaan

Read Time:58 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

Membakut : Penganjuran majlis rumah terbuka pada musim perayaan khususnya Hari Raya Aidilfitri mampu mengeratkan silaturrahim antara masyarakat pelbagai kaum dan etnik di negeri ini.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Ir Shahelmey Yahya berkata, ianya juga perlu terus ditingkatkan termasuklah melalui amalan kunjung-mengunjungi ketika musim perayaan.

“Pada hari ini saya hadir menyantuni jemputan majlis rumah terbuka Aidilfitri Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Membakut Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif.

“Saya melihat sambutan suasana majlis hari ini begitu meriah sekali, ramai rakyat daripada kalangan penduduk setempat dan juga rakan-rakan datang termasuk dari Kota Kinabalu dan Brunei juga turut hadir hari ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media pada majlis itu di kediaman Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif di Kampung Pimping di sini hari ini.

Shahelmey yang juga Menteri Kerja Raya Sabah berkata, penganjuran seumpama itu merupakan satu petanda yang baik dalam mengeratkan silaturrahim antara masyarakat.

“Ini juga perlu terus disuburkan dan dijaga selain diteruskan,” katanya.

Terdahulu, pada majlis itu, seramai lebih 10,000 pengunjung hadir memeriahkan majlis rumah terbuka Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Cubaan Potong Berakhir Tragedi: Isteri Pemandu Maut di Lokasi

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular