Tindakan menjatuhkan Kerajaan Perpaduan boleh merugikan banyak pihak

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:1 Minute, 18 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

Tamparuli: Sabah tidak perlu terpedaya dengan gerakan bagi menjatuhkan Kerajaan Perpaduan yang diterajui Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) Datuk Ewon Benedick berkata, tindakan itu dilihat boleh merugikan banyak pihak terutama rakyat di negeri ini yang masih memerlukan perhatian yang sewajarnya.

“Sabah tidak seharusnya mudah terpedaya dengan gerakan menjatuhkan kerajaan semata-mata ingin mengangkat pihak lain untuk mengambil alih kuasa pemerintahan.

“Sebagai presiden UPKO, saya akan berusaha memastikan rakyat Sabah menyokong Kerajaan Perpaduan  yang merangkumi kepelbagaian kaum dan agama.  

“Kalau usaha yang digerakkan itu dibuat pihak yang cenderung mengutamakan  satu kaum dan agama sahaja, Sabah tidak patut  menyertainya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas merasmikan Program Usahawan dan Koperasi MADANI sempena Pesta Kaamatan di Dewan Tun Hamdan di sini hari ini.

Ewon berkata demikian ketika diminta mengulas wujudnya desas-desus mengenai usaha pihak tertentu menjatuhkan Perdana Menteri dan Kerajaan Perpaduan.

Katanya, tanggungjawab beliau sebagai presiden parti dan pimpinan Sabah adalah untuk memastikan Sabah berada dalam kerajaan perpaduan yang mencakupi kepelbagaian kaum dan agama di negara ini.

“Saya melihat ‘gerakan’ untuk menjatuhkan Perdana Menteri hanyalah propaganda politik menjelang pilihanraya negeri di Semenanjung. Saya tidak yakin adanya gerakan tersebut dan jika adapun, ianya tidak akan terjadi.

“Pelantikan Perdana Menteri hari ini melalui satu proses yang betul berasaskan Perlembagaan Malaysia dan semua proses pelantikan diperakukan oleh perlembagan dan Agong.

“Dengan perundangan yang ada seperti Akta Anti Lompat Parti di Parlimen, saya tidak yakin dengan sebarang gerakan untuk menjatuhkan Perdana Menteri,” katanya. – SABAH MEDIA

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *