HomeUtamaLabel hologram 'Authentic Sabah' bakal dilancar, perakui keaslian produk IKS Sabah

Label hologram ‘Authentic Sabah’ bakal dilancar, perakui keaslian produk IKS Sabah

Read Time:57 Second

BERNAMA

Sandakan : Kementerian Pembangunan Industri dan Keusahawanan (MIDE) Sabah akan melancarkan label hologram bagi memperakui keaslian produk Sabah dibuat di negeri ini oleh pengusaha dari Negeri di Bawah Bayu itu.

Pembantu Menterinya Datuk Andi Muhammad Suryady Bandy berkata label yang tertera perkataan Authentic Sabah’ itu akan dilancarkan oleh Menteri MIDE Phoong Jin Zhe pada 20 Mei ini di Kota Kinabalu.

“Inisiatif label hologram ini sudah pasti akan meningkatkan lagi kualiti produk pengusaha industri kecil dan sederhana (IKS) Sabah, selain menunjukkan bahawa produk Sabah ini banyak di pasaran.

“Peniaga dapat meningkatkan lagi jualan mereka, pembeli pun boleh membezakan mana produk asli yang dikeluarkan oleh pengusaha Sabah.

“Ini merupakan satu inisiatif yang saya fikir baik memandangkan keadaan sekarang ini begitu banyak produk didakwa dibuat di Sabah oleh orang Sabah, tetapi sebenarnya tidak,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan sesi libat urus usahawan IKS di sini semalam.

Andi Muhammad Suryady berkata label hologram itu akan diedarkan secara percuma kepada semua usahawan yang berdaftar dengan Jabatan Pembangunan Perindustrian dan Penyelidikan (DIDR) Sabah pada bulan ini.

“Setakat ini, permohonan nampaknya begitu menggalakkan memandangkan memang banyak produk IKS Sabah yang berada di pasaran,” katanya.- BERNAMA

RELATED ARTICLES
Utama

Pemilihan U Mobile Sebagai Pengendali 5G Kedua Undang Tanda Tanya, Pakar...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular