HomePendapatPemerkasaan elemen E,S, Governance melalui pendekatan MADANI

Pemerkasaan elemen E,S, Governance melalui pendekatan MADANI

Read Time:6 Minute, 0 Second

OLEH :- EDITOR SABAH MEDIA

Saya menaruh keyakinan tinggi Malaysia berupaya diangkat semula di persada (dunia)… kita tidak mahu Malaysia tercemar dengan skandal permasalahan dan pertelingkahan.

“Negara Madani angkat martabat negara untuk harus dikenali dan dihormati sebagai negara makmur… tunjuk kekuatan itu,”

Itu bait-bait kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika menyampaikan amanat ‘Membangun Malaysia Madani’ bersama warga perkhidmatan awam pada Januari 2023 lalu.

Anwar berkata Madani tidak sama sekali akan mengetepikan tonggak mendirikan sistem atau menegakkan sistem yang lebih mampan kepada sebuah negara.

Pesanan Perdana Menteri itu menyaksikan keseriusan beliau di dalam amalan tata Kelola atau pun Good Governance yang harus diamalkan oleh penjawat awam.

ESG reports disclose data and explain the impact and added value of a company in three areas: environment, society and corporate governance. ESG or sustainability reports contain summaries of quantitative and qualitative information and are complemented by a performance analysis in these three areas to provide stakeholders and investors with an insight into the goals, achievements and the impact of your business. – sumber – https://www.planetly.com/articles/esg-reporting-101-all-you-need-to-know-how-to-get-started

KOMITMEN TERHADAP ESG DALAM KONTEKS GOOD GOVERNANCE ATAUPUN TATA KELOLA

Tidak dinafikan bahawa isu berkaitan kemampanan alam sekitar, sosial dan tata kelola (ESG) merupakan antara topik perbincangan paling hangat dalam dunia perniagaan global pasca-COVID. Menurut laporan Tinjauan Pertengahan Tahun ESG 2021 Bloomberg Intelligence (BI), aset ESG kini melebihi USD50 trilion (RM220.5 trilion) menjelang 2025, meningkat daripada USD35 trilion (RM154.3 trilion) pada 2020.

Secara ringkas, ESG merupakan dokumentasi komitmen sebuah syarikat tentang bagaimana ianya beroperasi dan membuat keputusan berkaitan moral dan etika. ESG juga melihat bagaimana pelbagai pemegang taruh yang berkaitan dengan syarikat tersebut dilayan termasuk pelabur, warga kerja, serta rantaian pembekal seperti vendor dan kontraktor. Tidak lupa juga komuniti sekeliling tempat perniagaan itu beroperasi.

Namun sejauh mana amalan ini diamalkan oleh Penjawat awam dan Pengurusan Tertinggi syarikat mahupun badan-badan berkanun di Malaysia.

KES MEMBABITKAN SKANDAL MAFIA KORPORAT

Dunia Korporat di Malaysia juga dikejutkan dengan siri pendedahan membabitkan beberapa individu yang disahkan sedang disiasat oleh pihak berkuasa.

PDRM di dalam satu siaran medianya pada MAC 2023 lalu memaklumkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) sudah membuka kertas siasatan berhubung laporan artikel ‘rahsia mafia korporat Victor Chin Boon Long’ yang didakwa memperalat penguat kuasa tempatan, sejak tahun lalu.

Setiausaha Polis, Datuk Noorsiah Mohd Saaduddin, berkata Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) sudah menyiasat malah pihak PDRM juga mengesahkan menerima laporan berkaitan pecah amanah sejak Mei lalu dan ianya telah dirujuk ke Jabatan Peguam Negara pada 27 Februari lalu untuk tindakan lanjut.

Ini bermaksud Pihak PDRM telahpun memulakan siasatan yang mengambil masa hampir setahun ( kini sudahpun mei 2023) dan kertas siasatan turut sudah dserahkan kepada Jabatan Peguam Negara semenjak Februari 2023 ( kini sudahpun 2 bulan semenjak berita berkenaan dilaporkan)

Namun sehingga kini tidak ada respond dan maklumat perkembagan terbaru mengenai kes berkenaan. Seharusnya pejabat Peguam negara harus segera memberikan respon yang positif di atas kertas siasatan berkenaan kerana kita tidak mahu para pelabur hilang keyakinan kepada pasaran di Malaysia kerana kesannya sangatlah tidak baik kepada ekosistem ekonomi negara.

Di dalam Akta 574, Seksyen 119 serta  187, kanun keseksaan jelas memberikan peruntukan berikut :-

seksyen 119 :-

Sesiapa yang menjadi anggota awam, bertujuan untuk memudahkan, atau mengetahui bahawa dengan melakukan tindakan tersebut, dia akan memudahkan, penggubahan suatu kesalahan yang menjadi kewajibannya sebagai anggota awam untuk mencegah, secara sukarela menyembunyikan, melalui sebarang tindakan atau pengabaian yang menyalahi undang-undang, wujudnya niat untuk melakukan kesalahan tersebut, atau membuat sebarang representasi yang dia tahu adalah palsu berkenaan dengan niat tersebut, maka jika kesalahan tersebut dilakukan, dia akan dihukum dengan penjara untuk tempoh yang boleh melebihi separuh daripada tempoh maksimum yang diperuntukkan bagi kesalahan tersebut atau dengan denda yang diperuntukkan bagi kesalahan tersebut atau kedua-duanya; atau jika kesalahan tersebut boleh dihukum dengan hukuman mati atau penjara seumur hidup atau penjara untuk tempoh yang boleh melebihi dua puluh tahun, maka dia akan dihukum dengan penjara untuk tempoh yang boleh melebihi sepuluh tahun; atau jika kesalahan tersebut tidak dilakukan, dia akan dihukum dengan penjara untuk tempoh yang boleh melebihi seperempat daripada tempoh maksimum yang diperuntukkan bagi kesalahan tersebut atau dengan denda yang diperuntukkan bagi kesalahan tersebut atau kedua-duanya.

Seksyen 187

Sesiapa yang terikat oleh undang-undang untuk memberikan bantuan kepada mana-mana anggota awam dalam melaksanakan tugas awamnya, tetapi dengan sengaja gagal memberikan bantuan tersebut, akan dihukum dengan penjara untuk tempoh tidak melebihi satu bulan atau dengan denda tidak melebihi empat ratus ringgit atau kedua-duanya; dan jika bantuan tersebut diminta daripadanya oleh seorang anggota awam yang sah secara undang-undang untuk menjalankan apa-apa proses yang dikeluarkan secara sah oleh Mahkamah, atau untuk menghalang suatu kesalahan, atau untuk mengekang rusuhan atau pergaduhan, atau menangkap seseorang yang dituduh atau bersalah melakukan kesalahan, atau telah melarikan diri daripada tahanan undang-undang, akan dihukum dengan penjara untuk tempoh tidak melebihi enam bulan atau dengan denda tidak melebihi seribu ringgit atau kedua-duanya.

Jelas peruntukan di dalam 2 seksyen di dalam akta 574 begitu jelas mengenai penjawat awam berhubung tatakelola yang baik dan kesan akibat dari kegagalan untuk mematuhinya.

SKOR MALAYSIA DALAM LAPORAN INDEKS PERSEPSI RASUAH

Malaysia berada di kedudukan ke-61 dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) 2022 yang dikeluarkan Transparency International (TI) daripada keseluruhan 180 negara berbanding tangga ke-62 pada 2021

Malaysia berada di kedudukan ke-61 dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) 2022 yang dikeluarkan Transparency International (TI) daripada keseluruhan 180 negara berbanding tangga ke-62 pada 2021.

Bagaimanapun, Presiden TI-Malaysia (TI-M), Muhammad Mohan berkata, skor Malaysia jatuh satu mata iaitu daripada 48 mata pada 2021 kepada 47 mata pada 2022.

Ini juga bermaksud Berdasarkan skor CPI, lebih tinggi skor direkodkan, lebih bersih sesebuah negara daripada amalan rasuah manakala lebih rendah skor bermaksud lebih tinggi kes rasuah berlaku.

Menurut Presiden TI-Malaysia, Antara kemungkinan penyebab yang menyumbang kepada kemerosotan skor berkenaan termasuk tindakan yang sangat terhad daripada kerajaan terdahulu dalam membendung aktiviti rasuah politik dan mengukuhkan amalan Hak Asasi Manusia di Malaysia.

TI-M juga berpendapat, penyumbang kemerosotan skor berkenaan juga disebabkan kurangnya kemahuan politik dalam memerangi rasuah institusi, pakej rangsangan COVID-19 berjumlah besar dilancarkan tanpa perbahasan dan penelitian Parlimen, lantikan politik untuk mengetuai syarikat berkaitan kerajaan atau syarikat pelaburan berkaitan kerajaan.

“Selain itu ia melibatkan kegagalan tadbir urus berulang kali yang didedahkan oleh Ketua Audit Negara, kurangnya tindakan terhadap penjawat awam yang didapati menyalahgunakan jawatan mereka serta pelaksanaan Pelan Antirasuah Nasional 2019-2023 (NACP) yang perlahan,” kata beliau lagi.

Justeru pihak Pemerintah (Eksekutif), Perundangan (Legislatif), Kehakiman (Judisiari) dan Pihak Berkepentingan (Controller) haruslah memainkan peranan mereka di dalam meningkatkan integriti serta tatakelola yang baik bagi meyakinkan para pelabur untuk menambah pelaburan mereka kedalam negara ini.

Ini sekaligus akan meningkatkan pendapatan rakyat, meyakinkan para pelabur serta menaikkan rating Malaysia di dalam pematuhan Agenda ESG yang memerlukan penglibatan semua pihak amnya sektor awam dan swasta

Komitmen berterusan dan kerjasama strategik yang dijalankan  diharap berupaya memacu agenda ESG, seterusnya melahirkan warga kerja yang bertanggungjawab dalam merealisasikan tahap integriti dan tata kelola terbaik di Malaysia.

Dan jadikanlah tema ” Madani Mewajahi Masa Depan Malaysia ” sempena Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan Malaysia pada 14 Mei nanti  sebagai wadah yang akan turut membincangkan elemen tatakelola baik di Malaysia.

RELATED ARTICLES
Utama

Sabah tuan rumah ATE 2025

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular