HomeUtamaPesta Kaamatan manifestasi keharmonian, semangat muhibah dalam kalangan rakyat berbilang kaum

Pesta Kaamatan manifestasi keharmonian, semangat muhibah dalam kalangan rakyat berbilang kaum

Read Time:1 Minute, 28 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

Lahad Datu : Masyarakat di negeri ini perlu membuang tanggapan atau stigma bahawa sambutan perayaan Pesta Kaamatan yang disambut setiap tahun hanya untuk etnik Kadazan Dusun Murut dan Rungus (KDMR).

Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Sabah Datuk James Ratib berkata, Pesta Kaamatan adalah merupakan manifestasi keharmonian dan semangat muhibah masyarakat di negara ini yang hidup aman damai serta bersatu padu dalam kalangan pelbagai lapisan kaum, bangsa, agama dan kepercayaan.

“Ingin saya tekankan di sini bahawa perayaan Pesta Kaamatan ini dirayakan dan diraikan bersama seluruh lapiran masyarakat di Sabah tanpa mengira bangsa, sukuk aum dan etnik.

“Ia termasuklah di kawasan Pantai Timur Sabah seperti Lahad Datu, Sandakan, Kunak, Taway dan Semporna,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Pesta Kaamatan Peringkat daerah Lahad Datu di sini hari ini.

James berkata, atas faktor itu, Kerajaan Sabah sentiasa menyambut baik dan mengalu-alukan penganjuran program seumpama itu yang akan dapat mengukuhkan lagi tolerasni dan semangat kekitaan yang terjalin di negeri ini.

Katanya, ia juga dapat menggembleng matlamnat bagi membina masyarakat Malaysia yang penyayang.

“Justeru, tema Kaamatan pada tahun ini, ‘Kaamatan Membudayakan Perpaduan’ adalah bertepatan dengan masanya dan seharusnya kita fahami dan hayati agar ia mencetus satu transformasi ke arah usaha untuk melahirkan masyarakat berbilang kaum yang penyayang dan saling hormat menghormati.

“Kerana itulah Pesta Kaamatan kini sudah diiktiraf sebagai perayaan nasional kerana sambutannya turut diraikan melangkaui batasan etnik dan agama sekali-gus mencerminkan konsep ‘Malaysia Madani’ yang telah diilhamkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim,” katanya.

Dalam pada itu, James berkata, Kerajaan negeri pimpinan Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor juga sentiasa komited untuk meningkatkan lagi taraf sosioekonomi rakyat dengan memacu pembangunan di seluruh pelosok negeri termasuk di daerah Lahad Datu, melalui pelaksanaan pelbagai dasar dan agenda. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

CIS serah zakat perniagaan RM100,000

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya