RANAU: Orang ramai adalah dijemput hadir ke Pesta Sukan Tradisi Kaamatan peringkat daerah di Padang Majlis Daerah Ranau (MDR) pada 12 Mei bermula jam 7.00 hingga 11.00 pagi.
Pegawai Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) Daerah Ranau, Jueephine Hiyah (gambar) yang juga Pengerusi Jawatankuasa kecil pelaksana Sukan Tradisi Kaamatan Ranau 2023 berkata, majlis perasmian program itu akan disempurnakan oleh Ahli Parlimen Ranau, Datuk Jonathan Yasin.
Menurutnya antara acara yang akan diadakan sempena program itu ialah, Tarik Tali (kategori berkumpulan), Gusti Tangan (Individu Lelaki) dan Kerusi Berirama kategori Individu Wanita.
“Program akan dimulakan dengan acara Senamrobik kelolaan Heart Fitness Erodance Ranau”, katanya.
Jueephine mengalu-alukan kehadiran warga Ranau dan Kundasang supaya datang menyaksi atau menyertai program yang disediakan.
“Rebutlah hadiah-hadiah menarik yang disediakan pihak penganjur bagi para pemenang”, tambah Jueephine.