HomeUtamaTingkatkan hasil tanaman padi secara bersepadu - Masiung

Tingkatkan hasil tanaman padi secara bersepadu – Masiung

Read Time:1 Minute, 22 Second

TONGOD: Sudah tiba masanya sambutan Pesta Kaamatan diberi nafas baharu dengan ikrar untuk meningkatkan hasil tanaman padi secara bersepadu di Sabah.

Wakil Rakyat Kuamut, Datuk Masiung Banah berkata, kerajaan perlu merangka garis panduan bagi menjenamakan semula industri padi setiap kali sambutan Pesta Kaamatan.

” Jika tiada langkah bersepadu, sampai bilapun kita hanya berbangga menyambut Kaamatan sekadar pesta tahunan untuk melengkapkan kalender pelancongan.

” Walaupun Kaamatan adalah asas kepada upacara hasil tuaian padi, tetapi ternyata Sabah masih bergantung dengan bekalan beras import, ” ujarnya semasa merasmikan Pesta Kaamatan Zon Tongod di Mini Dewan Kampung Talibu, semalam.

Masiung yang juga Naib Presiden Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) itu berkata, Pesta Kaamatan kini sudah dimodenkan di mana upacara kesyukuran ‘ritual‘ semangat padi sekadar berlegar di atas pentas dan jarang sekali dijadikan asas di jelapang padi.

“Disebalik mengetengahkan kepelbagaian tradisi dan budaya Sabah, kerajaan perlu melihat apa sudah jadi dengan industri penanaman padi yang menjadi teras utama Pesta Kaamatan,” ujarnya.

Justeru, beliau mahu masyarakat Sabah kembali ke zaman lampau bergotong-royong menanam dan menuai padi kerana usaha itu dapat menjana ekonomi sekali gus dapat membentuk semangat perpaduan dikalangan penduduk.

” Pada masa kini Sabah hanya mencapai pengeluaran 25 peratus tahap sara diri pengeluaran padi hasil daripada tanaman penduduk secara bermusim.

” Harus diingat Wilayah Sabah kini hanya bergantung sepenuhnya kepada beras import dari Thailand, Vietnam dan Cambodia.

” Apa akan jadi kepada rakyat Sabah jika tiba-tiba negara berkenaan menghentikan bekalan beras kerana faktor fenomena global? “ tanya beliau.

Masiung berharap kerajaan harus memikirkan supaya perayaan itu diberi nafas baharu ke arah mewujudkan industri berasaskan padi.

Hadir sama memeriahkan majlis Penolong Pegawai Daerah Tongod, Cleophas John Gordon dan Pegawai Pemimpin Masyarakat, Tokyo @ Hashim Omar.

RELATED ARTICLES
Utama

300 peserta hadir seminar sempena Persidangan Agung Tahunan Gagasan Rakyat

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular