HomeIsu tempatan500 penduduk Long Pasia terjejas liputan talian telefon tidak berfungsi

500 penduduk Long Pasia terjejas liputan talian telefon tidak berfungsi

Read Time:1 Minute, 7 Second

SIPITANG: Kira-kira 500 penduduk di Kampung Long Pasia di sini terputus hubungan dengan dunia luar apabila menara telekomunikasi di kawasan berkenaan tidak beroperasi sejak Khamis lalu (4 Mei).

Ketua Kampung Long Pasia, Yakub Sim, 57, berkata, penduduk terpaksa berjalan kaki ke kampung sebelah dan mendaki bukit untuk mendapatkan liputan talian telefon dan internet untuk berhubung.

“Keadaan ini berlarutan sejak malam Khamis lalu selepas menara telekomunikasi tidak beroperasi dan kami tidak pasti apa masalahnya sehingga ia tidak beroperasi.

“Disebabkan itu, kami terpaksa berjalan kaki selama hampir setengah jam ke Kampung Long Mio dan mendaki bukit yang tinggi selama sejam untuk mendapatkan rangkaian telefon dan internet dari kampung berkenaan untuk berhubung dengan rakan atau ahli keluarga di luar,” katanya kepada pemberita baru-baru ini.

Katanya lagi, disebabkan keadaan itu, ada penduduk sukar untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai ahli keluarga yang berada di luar kampung berkenaan.

“Keadaan ini menyebabkan penduduk terputus hubungan tidak boleh berkomunikasi antara satu sama lain melalui telefon selain tidak dapat menghubungi ahli keluarga yang berada di luar kampung ini.

“Malah, ada dua penduduk kampung ini dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital di Kota Kinabalu dan ahli keluarga sehingga kini tidak dapat berhubung untuk mendapatkan maklumat lanjut,” katanya.

Sehubungan itu, Yakub berharap perkara itu mendapat perhatian daripada pihak berkenaan termasuk penyedia perkhidmatan telekomunikasi untuk melihat masalah yang dihadapi penduduk di kampung berkenaan.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

KAFA UMS komited fokus kemenjadian murid seimbang ilmu, adab dan sahsiah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya