HomeIsu tempatanLelaki dilaporkan hilang, dibaham buaya

Lelaki dilaporkan hilang, dibaham buaya

Read Time:58 Second

BELURAN: Seorang lelaki dilaporkan hilang dipercayai dibaham buaya ketika sedang mencuci kaki dan tangan di tepi Sungai Rawog, Ladang Linbar 2 dekat sini pada Selasa.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, Bilik Kawalan Balai terima panggilan daripada Balai Polis Kinabatangan terdapat seorang mangsa lelaki dilaporkan dibaham buaya di lokasi Sungai Rawog, Ladang Linbar 2, Beluran pada 9 Mei 2023 jam 3.51 petang.

Katanya, menurut saksi, sebelum kejadian mangsa melakukan aktiviti membersihkan kawasan pagar elektrik di dalam kawasan estate bersempadan dengan Sungai Rawog.

“Semasa berehat, mangsa pergi ke tepi sungai untuk mencuci tangan dan kaki, tiba-tiba buaya muncul dan mengheret mangsa ke dalam sungai.

“Mangsa sempat menjerit meminta tolong namun tidak dapat dibantu oleh kawan mangsa yang juga sama-sama bekerja di kawasan tersebut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, hari ini adalah hari ke-2 operasi mencari dan menyelamat (SAR) dilancarkan di sekitar lokasi berkenaan namun sehingga kini mangsa yang dikenali sebagai Rudi Amirrudin berusia 28 tahun itu masih belum ditemui.

“Walau bagaimanapun usaha pencarian bersama agensi lain masih dijalankan dan maklumat akan dikemaskini dari masa ke semasa,” katanya.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

UMS usaha sebar luas pengetahuan berkaitan HIV AIDS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular