HomeUtamaSektor pertanian sumbang kadar kemalangan tertinggi

Sektor pertanian sumbang kadar kemalangan tertinggi

Read Time:45 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

Kota Kinabalu: Sektor pertanian menjadi antara penyumbang tertinggi kepada kadar kemalangan di tempat kerja yang dilihat berbahaya selain pekerja tidak terlatih.

Pengarah Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Sabah, Zulkifli Yahaya, statistik menunjukkan  sektor perkilangan dan pembinaan juga menjadi antara penyumbang tertinggi kepada kadar kemalangan di tempat kerja.

Katanya, antara punca utama kemalangan di tempat kerja dalam sektor pertanian adalah sistem pengangkutan yang tidak sistematik hingga mengakibatkan kecederaan dan kematian.

“Justeru saya menyeru kepada majikan untuk menyediakan kemudahan yang diperlukan dan berusaha keras memastikan kawasan persekitaran tempat kerja berada dalam keadaan selamat dan sihat bagi menjamin keselamatan pekerja,” katanya.

Zulkifli berkata demikian kepada media selepas merasmikan Majlis Hari Keselamatan Dan kesihatan Pekerjaan (KKP) anjuran Hospital Pakar KPJ di sini, semalam.

Hadir sama, Pengurus Besar Hospital Pakar KPJ, Mohamad Faizal Mohamed dan Pengarah Perubatan KPJ Sabah, Profesor Datuk Dr. Ajaz Ahmad.

RELATED ARTICLES
Utama

KPKM komited teroka peluang baharu tingkat penyertaan belia dalam bidang pertanian

Bangunan Kerajaan Sabah Pentadbiran Sabah Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular