HomeIsu tempatan80 peratus JPKK di Sabah telah dilantik

80 peratus JPKK di Sabah telah dilantik

Read Time:1 Minute, 19 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

Kota Kinabalu : Lebih 80 peratus Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) di negeri ini telah selesai dilantik.

Bagaimanapun, Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah Datuk Jahid Jahim berkata, masih terdapat beberapa kawasan DUN belum dilantik berikutan menunggu tempoh pelantikan JPKK terdahulu tamat perkhidmatan.

“Sehingga kini, boleh katakan sebanyak 80 peratus JPKK di beberapa kawasan DUN di negeri ini telah pun selesai dilantik.

“Namun ada juga masih belum dibuat pelantikan baharu kerana masih menunggu pelantikan terdahulu tamat perkhidmatan kerana pelantikan mereka ada tempoh yang ditetapkan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Seminar ICT peringkat KPLB Sabah bagi tahun 2023 di sini semalam.

Jahid berkata, JPKK di Sabah juga tidak mempunyai sebarang masalah dan menjalankan tugas seperti biasa kepada masyarakat di kawasan mereka.

“Setakat ini kami belum menghadapi apa-apa masalah kecuali kalau ada perkara-perkara yang baru yang menimbulkan persoalan, tetapi setakat ini semua berjalan lancar,” katanya.

Terdahulu, ketika berucap, Jahid berkata, seminar yang diadakan itu adalah sangat relevan dengan senario semasa Sabah yang mana di negeri ini memiliki banyak daerah terpencil dari pusat ekonomi dan teknologi.

Katanya, transformasi pendigitalan luar bandar menjadi sangat penting dalam memastikan bahawa tiada daerah yang tertinggal dalam hal pembangunan ekonomi dan teknologi.

“Sehubungan dengan itu, Kerajaan Negeri telah mengambil langkah proaktif untuk mempercepatkan Transformasi Digital di luar bandar.

“Antaranya termasuklah memperbaiki infrastruktur komunikasi dan rangkaian internet, menggalakkan perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dan memperkenalkan program-program latihan dan kemahiran digital di kalangan pejawat awam dan juga penduduk di kawasan luar bandar,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Lapan finalis berentap dalam kategori remaja MTHQ

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya