HomeIsu tempatanKPDN Sandakan keluarkan 55 KPP kepada pemilik premis

KPDN Sandakan keluarkan 55 KPP kepada pemilik premis

Read Time:1 Minute, 0 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

Sandakan : Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) cawangan Sandakan berjaya mengeluarkan sebanyak 55 kenyataan pemeriksaan premis (KPP) kepada pemilik premis di sekitar daerah ini.

Ketua Pegawai Penguatkuasa KPDN cawangan Sandakan Azdy Zukkry John berkata, KPP yang dikeluarkan itu adalah menerusi satu pemeriksaan yang dilaksanakan oleh empat pasukan anggota penguat kuasa KPDN Sandakan.

Katanya, pemeriksaan itu adalah meliputi pelbagai akta yang dikuatkuasakan, pemeriksaan barangan keperluan asas serta air mineral dan air minuman yang menjadi tumpuan di daerah ini.

“Sebanyak 55 KPP telah dikeluarkan dan hasil daripada pemeriksaan, sebanyak satu tindakan kes telah dihasilkan melibatkan penandaan harga.

“Manakala dua lagi premis diserahkan notis pengesahan maklumat barangan (NPMB) bagi mendapatkan maklumat harga air mineral dan air minuman,” katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Azdy berkata, maklumat awal yang diterima berikutan pemeriksaan air mineral dan air minuman berkenaan mendapati ada premis terpaksa mengambil bekalan air daripada peruncit lain.

Katanya, ini adalah disebabkan oleh faktor permintaan yang lebih terutamanya pada musim perayaan dan ini menjadi antara faktor kepada kenaikan harga di peringkat peruncit.

“Peniaga adalah diingatkan untuk sentiasa mengamalkan etika perniagaan yang baik manakala pengguna juga perlu bijak dalam berbelanja,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

NDRC UMS perkukuh pengurusan bencana bersama pihak berkuasa tempatan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular