HomeIsu tempatanUSIA anjur forum pemahaman konsep Malaysia Madani di enam zon di Sabah

USIA anjur forum pemahaman konsep Malaysia Madani di enam zon di Sabah

Read Time:1 Minute, 15 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

Kota Kinabalu : Enam zon di Sabah dikenal pasti untuk dijadikan sebagai tuan rumah penganjuran forum ke arah pemahaman konsep Malaysia Madani yang bertemakan ‘Keharmonian Dalam Kepelbagaian’.

Yang Dipertua Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) Datuk Sapawi Ahmad berkata, jerayawara yang dianjurkan USIA itu akan dapat memberi peluang kepada masyarakat khasnya umat Islam di negeri ini memahami lebih mendalam kepada konsep Malaysia Madani.

Katanya, forum tersebut akan dianjurkan dengan kerjasama Pejabat Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah (Tugas-Tugas Khas) Jabatan Ketua Menteri Sabah selain beberapa agensi lain termasuklah Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) dan Perbadanan Baitulmal Negeri Sabah (PBNS).

Datuk Sapawi Ahmad

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas menghadiri jamuan Hari Raya Aidilfitri anjuran USIA Pusat di Dewan Utama USIA, di sini kelmarin.

Majlis itu dianjurkan untuk mengeratkan silaturahim antara kakitangan dan pemimpin USIA.

Dalam pada itu, Sapawi berkata forum pertama telah berjaya dilaksanakan di Kota Kinabalu pada 9 Mac lalu dan dirasmikan Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor, dengan dihadiri lebih 500 orang.

Untuk Zon Sandakan, forum akan diadakan pada 17 Mei, manakala Zon Tawau (21 Mei), Zon Pantai Barat Utara di Kudat (1 Jun), Zon Pedalaman Bawah di Sipitang (6 Jun) dan  Zon Pedalaman Atas (20 Jun).

Setiap Forum akan dihadiri lebih 500 orang peserta.

Sementara itu, Sapawi berkata USIA merupakan antara badan bukan kerajaan (NGO) yang terawal menyahut saranan kerajaan dalam menerapkan konsep Malaysia Madani memandangkan konsep berkenaan telah sebati dengan budaya hidup harmoni yang menjadi amalan pendiduk negeri Sabah.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Sambutan raya JPJ platform eratkan silaturahim

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya