HomeUtamaPETRONAS taja 40 pelajar sekolah menengah Sabah

PETRONAS taja 40 pelajar sekolah menengah Sabah

Read Time:1 Minute, 36 Second

KOTA KINABALU: PETRONAS, melalui anak syarikat PETRONAS Floating LNG (PFLNG), menaja 40 pelajar Sabah untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat menengah di bawah program impak sosial syarikat, PETRONAS Powering Knowledge.

Penajaan itu, akan dijalankan dengan kerjasama Kumpulan Yayasan Sabah dan Jabatan Pendidikan Negeri Sabah bagi menyediakan bantuan pendidikan kepada pelajar terpilih di Sabah
serta penempatan pelajar berprestasi tinggi untuk belajar di Semenanjung Malaysia.

Tajaan itu disampaikan kepada penerima oleh Menteri Kewangan Datuk Seri Masidi Manjun, mewakili Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor, diiringi oleh Naib Presiden Kanan, Pelaksanaan Projek dan Teknologi, PETRONAS, Datuk Bacho Pilong, Ketua PETRONAS Sabah dan Labuan Siti Ayu Abdul Wahab dan Ketua Pegawai Eksekutif PFLNG Azrul Roshazli, di Rumah Terbuka Aidilfitri PETRONAS, di Grand Ballroom, Magellan Sutera Resort di sini, hari ini.

Inisiatif ini bertujuan untuk memupuk potensi pelajar dalam sains, teknologi, kejuruteraan dan mata pelajaran matematik serta memanfaatkan minat mereka dalam teknikal dan disiplin kejuruteraan.

Bacho dalam ucapannya pada majlis itu berkata, pembangunan modal insan kekal menjadi antara keutamaan PETRONAS dalam menghadapi keperluan semasa dan masa hadapan.
 
“Hari ini, kita menyaksikan satu lagi progam impak sosial memperkasakan Ilmu melalui tajaan pendidikan kepada 40 pelajar sekolah menengah di negeri ini.
 
“Program ini menyaksikan penempatan pelajar Tingkatan 1 ke sekolah-sekolah terkemuka di semenanjung Malaysia serta tajaan pendidikan kepada pelajar Tingkatan 4 di sekolah-sekolah terpilih di Sabah.

“Saya yakin melalui peluang pendidikan berkualiti yang kita tawarkan, kita dapat melihat lebih ramai lagi anak kelahiran Sabah menempah nama di persada dunia dalam apa jua bidang yang mereka ceburi,” katanya.

Sementara itu, Azrul berkata, walaupun persekitaran global yang tidak menentu, pelaburan dalam bakat negara kekal sebagai salah satu keutamaan PETRONAS.

“Kami sentiasa percaya bahawa pendidikan adalah kunci untuk memperkasakan komuniti sekali gus dapat meningkatkan taraf kehidupan dan pendapatan mereka.

“Justeru, kami berharap program ini akan dapat membantu pelajar terpilih menyedari potensi mereka dan berusaha ke arah mencapai aspirasi kerjaya mereka,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

RELATED ARTICLES
Utama

Tragedi Lemas di Pantai Bundusan: Dua Mangsa Masih Hilang

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular