HomeSukanSAFA Kinabatangan rancang bina stadium mini

SAFA Kinabatangan rancang bina stadium mini

Read Time:1 Minute, 0 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

Kinabatangan : Persatuan Bola Sepak Sabah (SAFA) Kinabatangan merancang untuk membina sebuah stadium mini di kawasan tapak tanah seluas lapan ekar berhampiran kompleks sukan di sini.

Presiden SAFA Kinabatangan Omar Maya Amat berkata, kos perbelanjaan bagi pembinaan stadium mini berkenaan adalah dianggarkan sebanyak RM3 juta.

Katanya, stadium itu dijangka akan mempunyai dua padang bola sepak rumput, sebuah padang sintetik, gelanggang futsal, asrama lelaki dan wanita serta pejabat.

Kerja-kerja pembersihan tapak sedang dilakukan.

“Pada ketika ini, kerja-kerja pembersihan tapak yang bermula sejak Januari lalu sudah siap sepenuhnya dan ia akan disusuli dengan penanaman rumput untuk padang.

“Sekiranya sudah ada bajet mencukupi, pembinaan stadium mini ini sudah tentu dapat direalisasikan,” katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Omar Maya yang juga Pengarah Teknikal SAFA berkata, pihaknya sedang berusaha mengumpul bajet yang diperlukan untuk pembinaan stadium mini tersebut.

Apabila siap kelak, SAFA Kinabatangan dijangka menjadi SAFA daerah pertama di Sabah yang akan mempunyai stadium mini sendiri.

Katanya, ini merupakan perancangan yang beliau lakukan sejak mengambil alih kepimpinan SAFA daerah ini sejak tiga tahun lalu.

“Justeru saya akan memastikan perancangan ini menjadi kenyataan demi kepentingan sukan bola sepak di daerah Kinabatangan,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Sukan

Kim Swee tidak teruskan tugas bersama Sabah FC

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular