HomeSukanNY7 Sports, BSC jalin kerjasama laksana program berkaitan sukan bola sepak

NY7 Sports, BSC jalin kerjasama laksana program berkaitan sukan bola sepak

Read Time:51 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

Keningau : NY7 Sports menjalinkan kerjasama dengan Bingkorian Soccer Club (BSC) melalui pemeteraian memorandum persefahaman antara kedua-dua pihak di sini baru-baru ini.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mohammad Masnizam Hamid mewakili NY7 Sports manakala BSC diwakili timbalan presidennya, Jainus Lian.

Masnizam berkata, kerjasama itu melibatkan penajaan jersi kepada kelab berkenaan di samping kedua-dua pihak menjadi rakan strategik bagi melaksanakan apa-apa program berkaitan sukan bola sepak.

Katanya, ia termasuk sebagai permulaan menjayakan aktiviti sempena perayaan Pesta Kaamatan peringkat Bingkor.

“Mudah-mudahan dengan kerjasama ini akan memberi manfaat kepada NY7 dan BSC”, katanya ketika ditemui di sini.

Sebelum ini, Masnizam berkata, NY7 telah mengadakan kerjasama dan persefahaman dengan Tunas Asas Bola Sepak Sabah (TABS) Safa Bandaraya Kota Kinabalu dan Sabah FC.

“Kerjasama dengan BSC ini adalah susulan kolaborasi dengan TABS dan Sabah FC,” katanya.

Masnizam berkata, NY7 Sports ketika ini mempunyai empat cawangan di Keningau, Tenom, Kota Marudu dan Ranau serta bercadang untuk membuka cawangan barunya di Sipitang selepas ini. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Sukan

Piala SMJ : Persiapan Sabah FC untuk lihat kekuatan, kelemahan pasukan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya