HomeUtamaPerkhidmatan lori tangki digunakan bekal air terawat kepada kolej-kolej kediaman UMS

Perkhidmatan lori tangki digunakan bekal air terawat kepada kolej-kolej kediaman UMS

Read Time:2 Minute, 6 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

Kota Kinabalu : Perkhidmatan lori tangki terpaksa digunakan bagi membekalkan air terawat Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) kepada Universiti Malaysia Sabah (UMS) khususnya di kolej-kolej kediaman pelajar.

Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UMS Prof Madya Dr Raman Noordin berkata, ini kerana kampus induk UMS memerlukan sekitar tiga Juta Liter Sehari (MLD) hingga lima MLD sehari bagi menampung keperluan air terawat dalam kampus.

“Bekalan ini diperolehi daripada Loji Rawatan Air (LRA) Moyog Penampang, melibatkan 20 kali penghantaran lori tangki air sehari atau anggaran kapasiti sehingga 400,000 liter sehari dibekalkan untuk kegunaan kolej kediaman pelajar dan juga  bangunan sekitar dalam kampus UMS.

“Pihak UMS juga berinisiatif mencari sumber air alternatif dalam kampus dimana pihak universiti telah membuat satu perpaipan daripada punca air bukit, dalam kampus yang mampu membekalkan air sebanyak 60,000 – 80,000 Liter Sehari,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas luahan pengguna media sosial Twitter berhubung masalah kekurangan bekalan air di kampus induk UMS Kota Kinabalu.

Katanya, pihak UMS turut memohon maaf aras kesulitan yang dihadapi oleh seluruh warga kampus induk Kota Kinabalu.

Dr Raman berkata, UMS juga telah mengenalpasti punca air bukit lain dan akan membuat perpaipan baru bagi penyaluran air bukit berkenaan untuk kegunaan pelajar.

Menurutnya, sebanyak RM350,000 telah diperuntukkan bagi pelaksanaan inovasi bekalan sumber air dalaman seperti air graviti, air bawah tanah dan air hujan.

“Selain itu, tangki-tangki tambahan di luar kolej-kolej kediaman yang lengkap dengan sistem pam dan perpaipan turut disediakan.

“Pihak UMS sentiasa berhubung dengan pihak JANS dalam menyampaikan tahap gangguan melibatkan kampus induk UMS dan juga pemantauan harian aras bekalan air terawat di tangki R13 JANS,” katanya.

Dalam pada itu, Dr Raman berkata, pihak JANS telah memaklumkan bahawa LRA Telibong 2 Fasa 2 akan mula beroperasi untuk mengepam sebanyak 20 juta liter sehari dan dijangka siap pada bulan Julai 2023.

Katanya, inisiatif itu diharap akan mampu meredakan krisis bekalan air yang melanda.

“Pihak UMS sedar, langkah-langkah ini mungkin belum dapat memberikan penyelesaian yang menyeluruh, namun pihak UMS akan terus berusaha sedaya upaya bagi mengurangkan impak catuan bekalan air kepada para pelajar dan warga kampus induk UMS.

“Kita juga menyambut baik cadangan pelajar untuk mengadakan kelas dalam talian sekiranya keadaan isu air semakin menyulitkan,” katanya.

Menurutnya, pelajar juga boleh mendapatkan info-info semasa termasuk perkembangan hal ehwal berkaitan air di dalam kumpulan whatsapp kolej kediaman masing-masing pada setiap hari agar maklumat yang sahih dan tepat dapat diperolehi dengan pantas. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Mangsa samun ditetak, patah tulang, luka lengan kanan dan kiri

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya