HomeUtamaPM akan turun ke Sabah tinjau isu infrastruktur termasuk masalah air -...

PM akan turun ke Sabah tinjau isu infrastruktur termasuk masalah air – Christina

Read Time:1 Minute, 50 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

KOTA KINABALU: Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar negeri Datuk Christina Liew memberi jaminan bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri akan turun ke Sabah untuk meninjau isu infrastruktur, termasuk masalah air yang melanda beberapa kawasan di negeri ini.

Mengulas mengenai perkembangan terkini pada Jumaat (12 Mei) di mana masalah kekurangan air melanda Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) di sini, Christina berkata beliau telah dimaklumkan oleh pihak pengurusan lapangan terbang bahawa mereka sedang menelitinya.

Namun kata Christina, isu masalah kekurangan air bukanlah di satu-satu tempat tetapi turut menjejaskan kawasan lain.

“Saya dengar lapangan terbang (KKIA) juga sangat panas, tetapi saya harap perkara ini akan diambil perhatian.

“Sebab itu ketika kami berada di Kuala Lumpur dua hari lalu, pemimpin Pakatan Harapan Sabah telah bertemu Perdana Menteri dan membangkitkan beberapa kebimbangan khususnya mengenai infrastruktur asas di negeri ini.

“Perdana Menteri berkata beliau akan datang ke Sabah semula dan meneliti isu-isu ini, dan akan meluluskan peruntukan lanjut untuk mengatasinya.

“Kami merasakan beberapa isu ini memerlukan perhatian segera, jika tidak rakyat akan menderita, dan ia bukan sahaja di ibu negeri Kota Kinabalu tetapi juga Sandakan, Tawau dan lain-lain,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas sambutan Hari Raya anjuran Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar pada Jumaat malam (12 Mei).

Sementara itu ditanya mengenai maklumat terkini pembantu juruselam (divemaster) yang ditahan kerana mencium seorang pelancong China di dalam air di Semporna, Christina berkata, polis masih meneruskan siasatan terhadap kes tersebut.

“Sasatan mungkin agak sukar kerana mangsa telah meninggalkan negara ini untuk pulang ke China, selepas memfailkan laporan polis.

“Saya rasa dia (suspek) belum didakwa tetapi direman empat hari, sama ada reman dilanjutkan, terpulang kepada pihak polis.

“Pihak berkuasa sedang mengambil tindakan ke atas kes ini, jadi kita tunggu sahaja keputusannya,” katanya.

Ditanya sama ada lesen menyelam akan diperbaharui, Chrisrina berkata, sama ada lesen itu akan dibatalkan atau sebaliknya, kami akan menunggu hasil siasatan polis.

“Walaupun maklumat yang saya dapat mengesahkan bahawa dia seorang penyelam yang berkelayakan.

“Saya akui setiap industri ada kekurangan tetapi malangnya kejadian ini berlaku di Semporna, salah satu destinasi popular kami, tetapi saya percaya ini bukan satu norma dan ia tidak akan berulang, kami akan memantau dengan teliti,” tegasnya.

RELATED ARTICLES
Utama

Kerajaan negeri bantu penduduk kampung bayar bil elektrik tahun depan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular